7 FAKTA MENARIK TENTANG KUCING YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU
- 10 Mac 2024
- 1 min membaca
Updated: 24 Nov 2024
Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat comel dan manja. Ramai yang menjadi peminat kucing disebabkan kecomelan dan kemanjaanya. Kucing bagaikan sahabat setia buat pemiliknya. Ia juga menjadi tempat si pemilik meluahkan perasaan dengan cara tersendiri. Tahukah anda terdapat banyak fakta menarik tentang kuncing. Di sini saya kongsikan 7 fakta tentang kucing yang mungkin anda tidak tahu.
7 fakta tentang kucing
Corak di hidung kucing unik dan berbeza-beza sama seperti cap jari.
Kucing masih mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki.
Misai kucing digunakan untuk mengukur ruang sama ada muat untuk dilalui atau tidak.
Kucing tidur purata selama 16 jam sehari.
Berat badan kucing antara 2.5-7kg dan tidak melebihi 10kg. Jika lebih 10kg bermakna kucing diberi makanan yang berlebihan.
Kucing mempunyai 230 tulang iaitu 24 kali lebih banyak daripada manusia.
Tempoh kucing mengandung adalah selama 63-65 hari.
Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi peluang kepada anda untuk mengenali haiwan peliharaan kesukaan ramai ini dengan lebih mendalam. Kalau belum ada kucing apa kata mulai hari ini jadikan kucing sebagai teman anda. Banyak manfaat yang anda akan perolehi nanti.
Bình luận