top of page

Betul Ke Puasa Baik Untuk Kesihatan?

  • 2 Apr 2024
  • 2 min membaca

Updated: 1 hari lalu

Apa pendapat anda boleh ke puasa memberi kebaikan kepada kesihatan? Kita tidak dibenarkan makan atau minum dari waktu subuh sehingga waktu maghrib. Badan kita mudah penat apabila melakukan aktiviti-aktiviti berat kerana tenaga semakin berkurang. Jadi bagaimana pula puasa dapat memberi manfaat kepada kesihatan?


Seorang perempuan keletihan sehingga terlantar di atas katil yang berwarna putih
Rajah 1: Seorang Perempuan Keletihan

Sebenarnya terdapat banyak kebaikan berpuasa antaranya merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan iaitu pembersihan dan perbaikan dalam badan. Semasa berpuasa organ-organ dapat berehat dan membantu badan membuang segala kekotoran serta toksin di samping memperbaiki sel-sel.


Oleh itu, berpuasa membantu mempertingkatkan kesihatan kita. Berikut merupakan kesan positif amalan berpuasa terhadap kesihatan diri:


  • Membantu menurunkan berat badan

  • Mebantu mengawal paras lemak dan kolesterol

  • Membantu meningkatkan kecekapan sistem penghadaman

  • Menbantu meningkatkan fungsi otak

  • Membantu meningkatkan kesihatan jantung

  • Membantu mengawal paras gula dalam darah

  • Membantu detoksifikasi tubuh

  • Membantu meningkatkan imuniti badan


Tetapi untuk mendapat kesan positif tersebut kita perlu mengamalkan pemakanan sihat seperti mengamalkan pinggan sihat dan makan ikut keperluan bukan ikut nafsu.


Pinggan Sihat Malaysia


Pinggan Sihat Malaysia menggunakan konsep suku susku separuh
Rajah 2: Pinggan Sihat Malaysia

Pinggan Sihat Malaysia adalah cara makan yang sihat di mana ia mengamalkan kosep #sukusukuseparuh. Pinggan di bahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut:


Bahagian pertama: Suku daripada pinggan adalah kumpulan karbohidrat

Bahagian kedua: Suku daripada pinggan adalah kumpulan protein

Bahagian ketiga: Separuh daripada pinggan adalah kumpulan buah dan sayur


Untuk maklumat lanjut boleh ke pautan ini Pinggan Sihat Malaysia.


Makan Ikut Keperluan


Mengira pengambilan kalori menggunakan aplikasi telefon bimbit
Rajah 3: Mengira Pengambilan Kalori

Semasa berpuasa kita perlu menahan lapar dan dahaga dari pagi sehingga matahari terbenam. Purata masa kita perlu berpuasa adalah lebih kurang 8 jam. Badan kita tidak mendapat tenaga daripada makanan serta minuman agak lama. Jadi apabila berbuka ada di antara kita yang mengambil makanan serta minuman manis melebihi keperluan kerana beranggapan dapat memulihkan kembali tenaga. Walau bagaimanapun banyak daripada kalangan kita yang tidak dapat menahan nafsu makan. Kalau boleh semua makanan yang dibeli atau disediakan ingin dimakan sehingga habis. Namun, hakikatnya perut kita mampu menampung makanan dengan kuantiti tertentu sahaja.



Seorang individu yang berlebihan berat badan sedang mengukur lilit pinggang
Rajah 4: Ukur Lilit Pinggang

Apa yang akan terjadi apabila kita mengambil makanan atau minuman manis melebihi keperluan? Kalori yang berlebihan daripada makanan dan minuman manis tersebut akan ditukarkan kepada lemak dan disimpan dalam badan. Tambahan lagi, selepas berbuka kita tidak melakukan banyak aktiviti fizikal kerana sudah malam. Oleh itu, kalori yang berlebihan tersebut tidak dapat dibakar dan menyumbang kepada pertambahan berat badan. Jadi tidak pelik jika kita berpuasa tetapi berat badan bertambah. Makanlah mengikut keperluan masing-masing supaya kita mendapat manfaat secara optimum daripada berpuasa. Nak tahu bagaimana caranya? Boleh rujuk di sini Keperluan Tenaga atau Kalori.


Berpuasa memberikan kebaikan kepada kesihatan terutama apabila kita mengamalkan pemakanan sihat serta sunnah rasulullah s.a.w ketika berpuasa dan makan. Salah satu sunnah rasulullah s.a.w adalah berhenti makan sebelum kenyang. Cara rasulullah s.a.w ini dapat mengelak daripada pengambilan kalori yang berlebihan. Jom! mula hari ini amalkan pemakanan sihat dan sunnah ketika berpuasa untuk kekal sihat.

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
Tulis.jpg

Hai, terima kasih kerana sudi singgah!

Mula Hari Ini menawarkan sumber untuk membantu individu memulakan hari mereka dengan produktif...

Biarkan catatan kami
datang kepada anda

Terima kasih atas langganan anda

  • pet symbol

Hubungi Kami

Terima kasih kerana menghubungi kami!

© 2021 Mula Hari Ini. All rights reserved.

bottom of page