top of page

KENAPA ANDA PERLU MEMBACA NOVEL?

  • 22 Ogo 2024
  • 4 min membaca

Updated: 27 Ogo 2024


Koleksi Novel
Rajah 1: Gambar hiasan

Novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya pan­jang dan kompleks yang berkaitan dengan pe­ngalaman manusia dan kelakuan sosial. Maksud istilah lain yang berkaitan dengan novel: Murahan novel yang rendah nilai kan­dung­annya atau mutu fizikalnya; bernovel bergiat dlm penulisan novel; pernovelan perihal menulis novel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Perkataan novel berasal daripada bahasa Itali novella, bahasa sepanyol pula dikenali sebagai novela dan dalam bahasa Perancis disebut nouvelle yang bermaksud sebuah kisah atau sepotong berita (Siti Hajar, 2009). Novel lebih panjang dan kompleks berbanding dengan cerpen dan bukan karangan berbentuk fakta. Novel tidak terikat dengan sebarang bentuk struktur atau format seperti drama dan sajak. Ada pendapat yang mengatakan novel merupakan kisah yang dibukukan dan dianggap sebagai satu karya fiksyen yang mengandungi imiginasi pengarang.


5 sebab anda perlu membaca novel


Setiap individu mempunyai hobi atau minat tersendiri. Salah satu minat yang popular di kalangan remaja perempuan dan wanita adalah membaca novel dan mengumpulkannya. Kebiasaanya penceritaan sesebuah novel dapat meningkatkan minat mereka terhadap novel. Plot dan cerita yang menarik dan ada elemen kejutan didalamnya mampu menimbulkan rasa ingin tahu dengan lebih mendalam tentang isi novel tersebut.


Novel yang berbentuk cerita membuatkan mereka lebih seronok membacanya dan secara tidak langsung mereka akan suka untuk membacanya. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk belajar melalui cerita daripada novel. Banyak novel yang mempunyai idea dan mesej yang hebat. Ada satu kata-kata yang berbunyi manusia berubah bukan kerana lambakan maklumat dan ilmu tetapi kerana cerita yang menyentuh kalbu.


Melalui novel juga mereka dapat melihat kehidupan manusia secara dekat dan mampu merasakan empati pada manusia terutamanya yang kurang bernasib baik. Hal ini secara tidak langsung menjadikan mereka berusaha dengan lebih baik untuk memahami situasi manusia. Tambahan lagi, mereka boleh mempelajari cara untuk menangani cabaran hidup dengan membaca novel kerana berpeluang melihat pergelutan hidup dalam diri manusia dalam sesebuah novel yang mempamerkan watak-watak yang menghadapi cabaran hidup dan mampu menanganinya dengan baik.


Novel juga membantu mereka memahami diri. Ada ketikanya novel membuatkan mereka bergelut dengan ideologi dan perasaan dalam diri. Tetapi keadaan ini tidak perlu dirisaukan. Jadikan ia sebagai salah satu jalan untuk lebih memahami diri. Kemungkinan mereka tidak dapat terus amalkan pengajaran daripada novel tersebut. Namun, pada satu hari nanti pasti pengajaran itu berguna dalam hidup mereka.



Koleksi preloved novel Melayu


Berikut merupakan koleksi preloved novel Melayu yang bakal menjadi kegemaran anda.



Novel Keranamu Balqis

Kebebasan dan kemewahan wang ringgit yang diberikan oleh kedua ibu bapanya membuatkan Hanim Hanani leka lantas terjebak dalam kancah sosial. Kehidupan Hanim Hanani mula berubah setelah mahkota kegadisannya diragut akibt dendam seorang lelaki bernama Amran. Demi menjaga maruah keluarga, Badrul Hisyam, abang kandung Hanim Hanani terpaksa mencari pak sanggup bagi mengelakkan rahsia terbongkar. Lantaran kesempitan wang dan sikap berhutang memaksa Harris Daniel terjebak dalam perkahwinan kontrak ciptaan Badrul Hisyam. Dendam terhadap Hanim Hanani membuatkan Harris Daniel sering meyakiti hati isterinya itu, malah kesempatan yang ada digunakan untuk mengikis kemewahan Hanim Hanani. Segalanya demi Julia. Namun semuanya berubah setelah kehadiran Nurain Balqis. Dalam masa yang sama identiti Julia mula terbongkar. Namun siapakah Julia yang sebenarnya? Dapatkah Hanim Hanani mempertahankan perkahwinannya sedangkan tempoh perjanjian hampir tamat?



novel gelora jiwa

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara. Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata! Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga. Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana? Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?



novel seredup kasihmu

Kisah silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya. Setelah ibunya meninggal dunia, Mak Longnya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa. Lea Haryani tidak begitu senang dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada-ada sahaja kesalahan yang dicari. Bukan itu sahaja, Mak Long juga suka mengungkit asal-usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat. Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sikapnya yang pasif terbawa-bawa hingga ke universiti. Di universiti dia tidak mempunyai kawan rapat melainkan kawan sebilik bernama Suziyan. Emir Safwan yang satu kuliah dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara dilakukan oleh Emir Safwan untuk memikat hati Lea Haryani namun tidak berhasil. Dengan bantuan Profesor Halim, akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan. Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani dan menyuruh anaknya itu memilih Syamen, anak Datin Jawaher. Emir Safwan tetap dengan pendirian memilih Lea Haryani. Akhirnya berlakulah konflik. Lea Haryani mengalah dan menyuruh Emir Safwan akur dengan pilihan mamanya. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar-benar mencintai Lea Haryani. Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah terluka untuk menawan hati Lea Haryani kembali? Berapa mahalkah harga yang harus dibayar untuk satu kemaafan?



novel sedetik cinta

Benarkah cinta pertama tak semestinya cinta sejati? Hipotesis bagi Sophie; cinta juga tak semestinya bersatu. Dia redha menerima keputusan Keyrill. Demi prinsip dan agama, mereka harus berpisah. Namun bayangan lelaki bermata biru itu sering mengganggu. Kadangkala kerinduannya bagai tak tertanggung. Bertahun-tahun dia cuba memujuk hati yang luka. Masa terus berlalu. Tanpa diduga, kasih Sophie berputik semula. Perhatian Haji Aikimi, pengurusnya yang berkarisma benar-benar menambat hatinya. Namun, sekali lagi perasaannya diuji. Sanggupkah dia menjadi orang kedua kerana lelaki itu sudah berpunya? Ah, sukarnya membuat pilihan. Namun, dia tidak sanggup berkongsi kasih. Apatah lagi menjadi galang ganti sebagai penyambung zuriat seorang lelaki. Sophie tegar! Kisah ini harus dinoktah. Kenangan datang dan pergi. Di saat lukanya mula sembuh, sesuatu yang tidak diduga berlaku! Lelaki itu muncul kembali. Terima kasih Keyrill kerana menghancurkan hati saya. Wanita itu sungguh bertuah... Sophie percaya, hidup ini ibarat gula-gula; masam, manis dan kadangkala masin. Dia tidak pernah berhenti berharap, biarpun ada kekosongan yang dirasa. Hatinya masih berdegil. Dia percaya, suatu hari nanti dia mampu membina bahagia bersama seorang lelaki yang entah di mana...



 

Nak dapatkan novel ini dengan harga murah?

Klik di sini untuk penghantaran segera.







Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Tulis.jpg

Hai, terima kasih kerana sudi singgah!

Mula Hari Ini menawarkan sumber untuk membantu individu memulakan hari mereka dengan produktif...

Biarkan catatan kami
datang kepada anda

Terima kasih atas langganan anda

  • pet symbol

Hubungi Kami

Terima kasih kerana menghubungi kami!

© 2021 Mula Hari Ini. All rights reserved.

bottom of page