top of page

Pada Sahur Ada Keberkatan

  • 5 Apr 2024
  • 3 min membaca

Updated: 2 hari lalu

Allah telah memilih bulan Ramadhan sebagai bulan yang mulia dengan menurunkan al-quran sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia pada bulan tersebut.


"Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah."

(Surah Al-Baqarah: 185)



Keluarga menikmati hidangan bersama di meja yang penuh dengan hidangan berwarna-warni.Suasana ceria di dalam bilik yang selesa dan terang dengan tingkap besar.
Rajah 1: Sekeluarga menikmati hidangan semasa bersahur dalam suasana kegembiraan dan kebersamaan.

Allah s.w.t juga mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi contoh tauladan kepada umat manusia sebagaimana kandungan al-quran yang telah diturunkan. Rasulullah s.a.w merupakan contoh ikutan yang terbaik bagi menjalani ibadah pada bulan Ramadhan.


Salah satu sunnah rasulullah s.a.w ketika Ramadhan adalah bersahur


Daripada Anas r.a beliau berkata, rasulullah s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu semua bersahur, kerana sesungguhnya dengan bersahur itu ada keberkatan".


  • Bersahur adalah sunat muakkad bagi yang berpuasa

  • Keberkatan bersahur terhasil daripada sudut yang pelbagai iaitu:

    • Mengikut sunnah rasulullah s.a.w

    • Membezakan puasa ahli kitab yang tidak bersahur

    • Mendatangkan kekuatan dalam beribadah

    • Menambahkan kecegasan dalam berpuasa

    • Menjadi benteng kepada buruknya akhlak kesan daripada menahan lapar seperti malas beribadah

    • Menjadi galakan untuk bersedekah kepada yang meminta ketika waktu sahur

    • Menjadi galakan untuk berzikir dan berdoa ketika waktu mustajab doa

    • Memperingatkan bagi yang lupa berniat puasa sebelum tidur



Lelaki berbaju biru muda minum air dari gelas.Ekspresi neutral, latar belakang ringan yang sederhana.Fokus hidrasi.
Rajah 2: Seorang lelaki sedang menikmati segelas air putih, mengenakan kemeja biru muda, dengan latar belakang putih yang sederhana.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a, beliau berkata rasulullah s.a.w bersabda: "Bersahur itu makanannya ada keberkatan maka janganlah seseorang kamu meninggalkannya walaupun dengan seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat (medoakan) ke atas orang yang bersahur."


  • Waktu sahur adalah waktu berkat kerana pada waktu tersebut manusia mendekatkan diri kepada Allah s.w.t terutamanya di bu Ramadhan. Apabila bangun bersahur ia merupakan kesempatan bagi melakukan amal ibadat yang lain seperti solat sunat tahajud, solat sunat taubat, berzikir dan membaca al-quran.

  • Boleh bersahur dengan apa sahaja makanan dan minuman dengan niat untuk bersahur. Hal ini sudah memadai untuk mendapat keberkatan daripada sahur.

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada rasulullah s.a.w bersabda: "Sebaik-baik (makanan) sahur bagi seorang mukmin adalah kurma."


  • Bersahur merupakan satu persiapan fizikal dan rohani bagi individu yang berpuasa sebelum memulakan ibadat tersebut

  • Sebaik-baik makanan ketika bersahur adalah kurma kerana dengan memakan kurma ketika bersahur ada keberkatan dan merupakan dua sunnah yang amat dititikberatkan oleh rasulullah s.a.w

  • Secara saintifik kurma mengandungi banyak khasiat untuk membekalkan tenaga dan zat yang diperlukan oleh badan individu yang berpuasa



Mengambil sebiji kurma dari mangkuk hiasan di atas meja yang dihias dengan pinggan mangkuk.Figur kabur di latar belakang, suasana cerah, mood yang hangat dan mengundang.
Rajah 3: Seorang lelaki mengambil kurma dari mangkuk yang dikelilingi pelbagai hidangan tradisional, menandakan bermulanya acara berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan.

Hand picking a date from a decorative bowl on a table set with dishes. Blurred figure in background, bright setting, warm and inviting mood.


Salah satu ikhtiar untuk berpuasa dalam keadaan bertenaga adalah mengamalkan sahur dengan mengambil makanan berkhasiat. Berikut merupakan tip bersahur secara sihat:


Tip sahur sihat


Hidangan Thai berwarna-warni dengan ikan bakar, kari sayur, sambal pedas dengan cili, dan pelbagai sayur-sayuran segar di atas meja kayu.Berwarna-warni dan menyelerakan.
Rajah 4: Hidangan tradisional Melayu ini menampilkan ikan bakar, kari ikan berempah, sambal belacan pedas, dan ulam segar, sesuai dinikmati bersama keluarga.

  1. Utamakan makanan yang tinggi serat seperti beras perang, roti wholemeal, oat, buah dan sayur

  2. Ambil makanan daripada sumber protein

  3. Kurangkan minuman yang berkafein seperti kopi dan teh

  4. Minum air secukupnya

  5. Lewatkan waktu bersahur


Makanan yang tinggi serat mengurangkan rasa lapar kerana makanan tersebut mengambil masa yang lebih lama untuk dicernakan seperti mana makanan daripada sumber protein yang berkualiti. Minuman berkafein menyebabkan kita cepat haus kerana ia meningkatkan kadar dihidrasi badan. Kita juga perlu minum air kosong secukupnya supaya badan kekal hidrasi ketika berpuasa. Selain itu, kita disarankan untuk melewatkan waktu sahur agar tempoh masa pencernaan makanan yang diambil menjadi lebih panjang dan memberi rasa kenyang yang lama.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Tulis.jpg

Hai, terima kasih kerana sudi singgah!

Mula Hari Ini menawarkan sumber untuk membantu individu memulakan hari mereka dengan produktif...

Biarkan catatan kami
datang kepada anda

Terima kasih atas langganan anda

  • pet symbol

Hubungi Kami

Terima kasih kerana menghubungi kami!

© 2021 Mula Hari Ini. All rights reserved.

bottom of page