top of page

RAYA CARA SIHAT

  • 17 Apr 2024
  • 2 min membaca

Updated: 21 Apr 2024

Takbir bergema, Syawal pun tiba. Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama yang tersayang. Apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri makanan dan minuman menjadi perkara utama yang perlu disediakan. Ada yang memasak juadah raya dan ada juga yang tempah. Bagaimana dengan anda?


Jika anda merancang untuk masak juadah raya jom! sediakan juadah yang lebih sihat.


Bagaimana caranya?


  1. Gula Gunakan separuh daripada kuantiti gula yang biasa digunakan dalam hidangan dan minuman. Kurang lebih baik. Sediakan buah-buahan segar sebagai snek dan pencuci mulut.

  2. Garam Kurangkan penggunaan garam dalam masakan. Gunakan rempah ratus dan perisa semulajadi bagi meningkatkan rasa kelazatan hidangan.

  3. Lemak Gunakan daging yang dibuang lemak atau ayam yang dibuang kulit. Hadkan penggunaan santan dalam penyediaan hidangan.


Antara menu Hari Raya yang rendah kalori adalah seperti berikut:


Soto Ayam 1 mangkuk 490 g = 510 kcal

Satu mangkuk soto ayam dengan taburan kacang tanah
Rajah 1: Soto Ayam

Laksa Penang

1 mangkuk 569 g = 378 kcal


Rajah 2: Laksa Penang

Bihun Sup 1 mangkuk 320 g = 190 kcal


1 mangkuk bihun sup yang mengandungi ayam dan sayur-sayuran
Rajah 3: Bihun Sup

Tidak dapat dinafikan kuih raya memang makanan yang wajib ada apabila kita menyambut Hari Raya. Namun harus diingat bahawa kuih raya tinggi kalori. Sebagi contoh 1 biji semperit susu mengandungi 50 kcal manakala 1 biji sarang semut mengandungi 60 kcal.



Biskut raya sarang semut dalam dulang kayu
Rajah 4: Sarang Semut


Beberapa ketul biskut raya semperit susu selepas dibakar
Rajah 5: Semperit Susu

Kenapa kuih raya tinggi kalori? Ada apa dalam kuih raya?


Kebiasaan bahan yang ada dalam kuih raya adalah bahan yang tinggi kalori seperti berikut:


  • Tepung (karbohidrat)

  • Mentega (lemak)

  • Susu pekat/gula kastor (gula)

  • Kuning telur (lemak)

  • Coklat hiasan (gula)


Justeru, kita perlu menghadkan pengambilan kuih raya walaupun kuih raya tersebut sedap dimakan terutamanya apabila bersama keluarga. Dikongsikan 3 tip makan kuih raya supaya kita tidak mengambilnya secara berlebihan.


3 tip makan kuih raya


  1. Makan kuih raya selepas makan makanan utama

  2. Pilih kuih raya yang mengandungi kekacang dan buah-buahan kering

  3. Pilih kuih yang lebih ringkas hiasannya



Raya lebih manis dengan buah-buahan dan sayur-sayuran


Pada Hari Raya jangan lupa untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita disarankan untuk mengambil pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang pelbagai warna. Sajian yang perlu diambil adalah 3 sajian sayur dan 2 sajian buah.


Anda tiada idea untuk menyediakan menu sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai juadah raya? Jangan risau di sini terdapat beberapa menu untuk anda cuba yang penting ringkas, sedap dan sihat.


  1. Salad buah dan sayur

  2. Potongan buah segar

  3. Jus buah-buahan

  4. Rojak buah

  5. Kuah lodeh

  6. Pecal

  7. Puding buah


Pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai pelbagai warna
Rajah 6: Buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja menyegarkan malah mengandungi pelbagai nutrien penting yang dapat mempertingkatkan kesihatan dan membekalkan tenaga yang diperlukan untuk meraikan perayaan bersama keluarga dengan lebih bersemangat dan gembira. Oleh itu, jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai juadah raya yang wajib untuk keluarga dan tetamu anda.


Jom! Mula hari ini kita kekal sihat di Hari Raya.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Tulis.jpg

Hai, terima kasih kerana sudi singgah!

Mula Hari Ini menawarkan sumber untuk membantu individu memulakan hari mereka dengan produktif...

Biarkan catatan kami
datang kepada anda

Terima kasih atas langganan anda

  • pet symbol

Hubungi Kami

Terima kasih kerana menghubungi kami!

© 2021 Mula Hari Ini. All rights reserved.

bottom of page