top of page

ULASAN BUKU: TENTANG PILIHAN

  • 5 Mac 2024
  • 3 min membaca

Updated: 1 Ogo 2024

Tajuk Buku: Tentang Pilihan

Nama Penulis: Dr. Nur Aisyah Zainordin

Penerbit: Iman Publication

Tahun Terbitan: 2022


Buku berjudul Tentang Pilihan membincangkan kaedah, konsep dan proses berfikir yang betul dalam membuat keputusan tepat
Rajah 1: Buku Tentang Pilihan karya Dr. Nur Aisyah Zainordin

Judul Tentang Pilihan terasa seperti dekat di hati dan mengajak diri untuk membacanya. Setiap hari sebagai manusia kita mesti membuat pilihan dalam hidup tidak kira pilihan tentang perkara besar atau kecil.


Hakikatnya buku ini ditulis atas sebab penulis mempunyai pengalaman dalam membuat keputusan yang betul dan salah serta menghadapi konflik dalam membuat keputusan. Oleh itu, penulis mencari konsep dan kaedah yang betul dalam membuat keputusan. Seterusnya, penulis ingin berkongsi maklumat tersebut dengan pembaca agar orang lain tidak mengalami peristiwa yang sama iaitu buat keputusan salah. Setiap orang mesti membuat keputusan dalam hidup tetapi kebanyakan orang tidak tahu kaedah yang betul untuk membuat keputusan menyebabkan mereka terperangkap dalam keputusan salah. Keputusan salah memberi kesan yang negatif terhadap kehidupan sama ada dari aspek kewangan, masa, emosi dan lain-lain.


Rajah 2: Seorang kanak-kanak perempuan sedang membuat pilihan
Rajah 2: Kanak-kanak perempuan sedang berfikir

Antara perkara yang saya suka tentang buku ini adalah ia menghuraikan keputusan-keputusan besar dalam hidup yang akan mempengaruhi diri kita sendiri dan arah perjalanan hidup kita. Kebanyakannya bersifat sehala iaitu tidak boleh diubah. Jadi kita perlu mengambil masa untuk menilai dari setiap aspek sebelum membuat keputusan tersebut. Perkara penting tentang buku ini adalah saranan yang diberikan oleh penulis untuk memilih perkara yang membuatkan kita bahagia berbanding perkara lain dalam membuat keputusan. Terdapat petikan yang menyatakan “mulakan dengan pengakhiran yang dibayangkan”. Penulis juga menceritakan tentang pengalaman sendiri dalam membuat keputusan betul dan salah.


Kelebihan buku ini adalah ia mengajak pembaca melakukan aktiviti yang berkaitan topik yang dibincangkan bagi setiap bab. Melalui aktiviti ini para pembaca akan lebih memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis dan secara tidak langsung membantu pembaca membuat keputusan. Selain itu, penulis berkongsi tentang proses berfikir yang tepat untuk membantu pembaca membuat keputusan dengan lebih yakin dan berkesan dalam hidup.


Secara keseluruhan, buku ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai konflik dalam membuat keputusan, takut untuk ambil risiko dan trauma untuk keluar dari zon selesa disebabkan pengalaman lalu. Buku ini boleh dijadikan panduan untuk membantu kita membuat keputusan terutama yang tidak boleh diubah. Tidak dinafikan bahawa keputusan salah menjadikan kita lebih matang dan mengajar kita erti tabah. Namun, jika kita mempunyai kaedah yang tersusun untuk mengelak daripada membuat keputusan salah mengapa kita tidak amalkannya. Tetapi harus diingat kaedah dan konsep dalam buku ini hanyalah usaha kita untuk membuat keputusan tepat dan tidak bermakna perjalanan hidup kita lancar selepas membuat keputusan berpandukan kaedah dan konsep tersebut. Setiap keputusan mempunyai cabaran dan risiko tersendiri. Hidup ini adalah ujian seperti mana di dalam al-quran nyatakan, apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (Al-Ankabut: 2-3).


Biografi penulis


Dr. Nur Aisyah Zainordin penulis buku Tentang Pilihan
Rajah 3: Dr. Nur Aisyah Zainordin

Perjalanan Dr. Nur Aisyah Zainordin (yang juga dikenali dengan nama pena Muharikah) sebagai penulis bermula semenjak 2005 melalui platform blog. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah dan Menengah Islam al-Amin, seterusnya melanjutkan pelajaran A-Level di Taylors College, Sunway. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Dundee pada 2009 dan berkhidmat sebagai pegawai perubatan di dua buah hospital di Glasgow, Scotland sehingga tahun 2011. Beliau mula terlibat dalam penerbitan Majalah Jom! di bawah syarikat Deen Prints setelah pulang ke Malaysia. Kemudian beliau menubuhkan kedai buku di bawah jenama IMAN Shoppe pada tahun 2012. Pada awal 2013, syarikat IMAN Publication ditubuhkan dengan menerbitkan buku pertama beliau, Sayonara Jahiliyah. Beliau telah menulis 12 buku termasuk tiga buah komik. Kini beliau sedang meneruskan pengkhususan subkepakaran dalam bidang endokrin. Beliau bercita-cita menggabungkan sains dan seni dalam menyebarkan kefahaman serta ilmu mengenai Islam dan perubatan. Bagi menyokong pembacaan buku Tentang Pilihan ini, beliau menyarankan untuk membaca buku-buku ini: The Almanack of Navi Ravikant, Think Again oleh Adam Grant dan The Great Mental Models oleh Farnam Street.


Nak dapatkan buku ini? Tekan link untuk penghantaran segera: https://shope.ee/20XccIEnt0

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Tulis.jpg

Hai, terima kasih kerana sudi singgah!

Mula Hari Ini menawarkan sumber untuk membantu individu memulakan hari mereka dengan produktif...

Biarkan catatan kami
datang kepada anda

Terima kasih atas langganan anda

  • pet symbol

Hubungi Kami

Terima kasih kerana menghubungi kami!

© 2021 Mula Hari Ini. All rights reserved.

bottom of page