6 Tip Untuk Mengawal Kalori Sewaktu Berbuka
- 4 Apr 2024
- 2 min membaca
Updated: 2 hari lalu

Setelah berpuasa dari pagi sehingga petang sudah tentu kita mempunyai keinginan yang tinggi untuk merasa pelbagai jenis juadah berbuka yang dijual di bazar mahu pun yang disediakan sendiri. Kita akan mudah untuk mengambilan kalori secara berlebihan kerana sudah terikut dengan keinginan nasfu makan. Sedangkan pada bulan Ramadhan kita diperintahkan bukan sahaja menahan makan dan minum tetapi juga nasfu termasuklah nafsu makan.
Antara faktor yang menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan ketika berpuasa adalah seperti berikut:
Faktor pengambilan kalori yang berlebihan ketika berpuasa
Berbuka dengan air manis berbanding air kosong Air manis mengandungi kalori manakala air kosong tidak mempuyai kalori.
Berbuka dengan jumlah porsi yang besar Porsi yang besar menyumbang kepada kalori yang berlebihan.
Kurang sayur dan buah ketika bersahur dan berbuka Sayur dan buah mengandungi serat yang memberi rasa kenyang yang lama.
Mengambil lebih banyak makanan tinggi lemak, gula dan minyak Jenis makanan tersebut mengandungi kalori yang tinggi.

Tabiat mengambil kalori yang berlebihan menyumbang kepada penambahan berat badan seperti yang telah dibincangkan di artikel sebelum ini: Betul Ke Puasa Baik Untuk Kesihatan?. Oleh itu, berat kita tidak akan turun malah akan bertambah walaupun kita tidak makan dan minum sepanjang hari. Penambahan berat badan menyebabkan obesiti atau berlebihan berat badan di mana ia merupakan faktor risiko kepada penyakit yang tidak berjangkit seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Jadi amat penting bagi kita untuk mengawal pengambilan kalori terutama sewaktu berbuka. Dikongsikan 6 tip kawal kalori sewaktu berbuka bagi membantu anda dalam mengawal pengambilan kalori ketika berbuka puasa.

6 tip untuk mengawal kalori sewaktu berbuka
Mulakan dengan makanan yang memberi tenaga segera seperti kurma dan buah-buahan lain serta diikuti segelas air kosong
Pastikan separuh daripada pinggan anda ialah sumber serat
Jika terdapat pelbagai pilihan karbohidrat, makan sedikit-sedikit setiap jenis makanan tersebut (1-2 sajian/berbuka)
Ambil sumber protein yang berkualiti untuk rasa kenyang yang lebih lama. Elakkan protein terproses seperti bebola ikan, sosej dan lain-lain
Kurangkan atau elakkan kuah yang ada santan/minyak/marjerin
Ambil makanan atau minuman manis pada akhir menu jika perlu. Satu jenis untuk satu hari sudah memadai.

Semoga dengan perkongsian 6 tip kawal kalori sewaktu berbuka ini memberi anda motivasi untuk terus mengamalkan pemakanan sihat pada bulan Ramadhan. Nak berat badan normal dan kekal sihat? Jom! Mula hari ini amalkan tip kawal kalori ketika berbuka puasa.
Comments