top of page

Kekal Aktif: Lakukan Aktiviti Fizikal Pada Bulan Ramadan

  • 1 Apr 2024
  • 2 min membaca

Updated: 16 Mac



Kaki pelari bergerak di jalan yang cerah, dengan kasut lari berwarna-warni.  Suasana adalah bertenaga, menangkap kelajuan dan dinamik perlumbaan.
Rajah 1: Pelari-pelari tengah beraksi dalam sebuah maraton, kaki mereka melintasi jalan dengan cekatan, menonjolkan otot dan kepantasan di bawah sorotan matahari pagi.

Pada bulan Ramadan kebanyakkan daripada kita akan mengurangkan aktiviti fizikal atau dengan kata lain menjadi tidak aktif disebabkan kekurangan tenaga akibat daripada berpuasa. Namun, sebenarnya kita disarankan untuk kekal aktif pada bulan Ramadan walaupun aktiviti fizikal yang dilakukan kurang dari segi intensiti atau kekerapan.


Jadi bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal pada bulan Ramadan dan apakah jenis aktiviti yang sesuai diamalkan pada bulan tersebut?


Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal pada bulan Ramadan:


  1. Pagi - masih mempunyai tenaga yang cukup banyak.

  2. Petang - 1 atau 2 jam sebelum berbuka; tubuh akan merasa letih tetapi kelebihannya boleh terus menggantikan tenaga yang hilang ketika berbuka puasa.


Lelaki itu melakukan pose pokok yoga di ruang tamu yang selesa dengan sofa beige, bantal merah, perapian, dan karpet bercorak.  Suasana yang cerah dan tenang.
Rajah 2: Seorang lelaki melakukan gaya yoga Vrksasana di ruang tamu yang selesa, memancarkan ketenangan dan keseimbangan di hadapan perapian.

Antara masa khusus yang paling sesuai untuk melakukan senaman adalah selepas berbuka, selepas solat sunat terawih dan sebelum sahur. Pada waktu tersebut kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menghadapi apa jua jenis aktiviti fizikal. Perlu diingat bahawa senaman harus dihadkan kepada 30 hingga 45 minit sahaja iaitu 30 minit untuk aktiviti berintensiti tinggi manakala 45 minit aktiviti ringan atau sederhana. Kekerapan bersenam adalah 3 atau 4 kali seminggu. Pada waktu rehat kita boleh fokus kepada aktiviti ibadat.


Selain masa, kita perlu sesuaikan jenis senaman yang akan dilakukan dengan waktunya. Sebagai contoh jika kita ingin bersenam pada waktu pagi kita perlu mengamalkan senaman yang tidak begitu memenatkan seperti berjalan atau yoga manakala pada waktu petang, senaman yang sesuai adalah senaman berintensiti lebih tinggi seperti berenang atau berbasikal.


Senaman kardio yang berintensiti tinggi adalah tidak disarankan ketika bulan Ramadan tetapi senaman berintensiti rendah seperti jogging perlahan, berjalan atau sukan kasual digalakkan. Tahukah anda? Solat sunat terawih dikira bersenam kerana pergerakkan solat mampu membakar kalori.



Pasangan warga emas berjalan dengan tongkat di laluan hutan.  Wanita berpakaian merah jambu dan lelaki berpakaian biru, kedua-duanya tersenyum.  Pokok-pokok hijau yang subur mengelilingi mereka.
Rajah 3: Pasangan warga emas menikmati pagi yang segar sambil berjalan di taman yang rimbun, membawa tongkat mendaki dan mengenakan pakaian sukan yang cerah. Suasana tenang dan hijau menyelimuti kawasan sekeliling, mencipta perjalanan yang damai dan bertenaga.

Peringatan:

Warga emas atau golongan yang mempunyai masalah kesihatan lain perlu dapatkan nasihat doktor atau jurulatih kecergasan masing-masing mengenai rutin bersenam yang akan mereka lakukan pada bulan Ramadhan.


Jom! Mula hari ini untuk lakukan aktiviti fizikal supaya kita kekal sihat walaupun pada bulan Ramadhan.



Commentaires

Noté 0 étoile sur 5.
Pas encore de note

Ajouter une note
Tulis.jpg

Hai, terima kasih kerana sudi singgah!

Mula Hari Ini menawarkan sumber untuk membantu individu memulakan hari mereka dengan produktif...

Biarkan catatan kami
datang kepada anda

Terima kasih atas langganan anda

  • pet symbol

Hubungi Kami

Terima kasih kerana menghubungi kami!

© 2021 Mula Hari Ini. All rights reserved.

bottom of page