top of page

MENDIDIK ATAU MENGAJAR?

  • 23 Apr 2024
  • 1 min membaca

Updated: 24 Apr 2024


 

Tahukah anda corak kehidupan manusia akan terbentuk atau dipengaruhi oleh tiga faktor:

  1. Murabbi (pendidik)

  2. Munazzam/manhaj (peraturan)

  3. Biah (persekitaran)

3 faktor ini membentuk manusia dan seterusnya membentuk kehidupan.


Seorang pensyarah sedang mengajar para siswazah di dalam satu kuliah
Rajah 1: Suasana kuliah

Murabbi (pendidik) bukan sahaja mengajar tetapi mendidik. Murabbi akan menimbulkan kemahuan dalam diri pelajar untuk mendalami ilmu dan menghayatinya. Hasil daripada mendalami dan menghayati ilmu yang dipelajari akan membentuk keperibadian, sikap dan tabiat mereka.


Mualim (pengajar) hanya memberi kefahaman ilmu kepada pelajar dan mereka meluahkannya dalam peperiksaan. Mualim hanya memberi pengetahuan dan tidak menyebabkan pembentukan keperibadian, sikap dan tabiat.



Pelajar tiba di sekolah
Rajah 2: Pelajar tiba di sekolah

Proses pendidikan sentiasa berkait dengan peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak didik. Tetapi kita perlu ingat untuk menyuruh anak didik menurut peraturan mesti ibu bapa atau guru terlebih dahulu mengikut peraturan. Jadi peraturan mana yang perlu didahulukan? Semestinya peraturan yang boleh membentuk sikap iaitu peraturan Allah.


Antara faktor yang penting dalam pembentukan diri adalah biah (persekitaran). Anak lebih banyak belajar daripada 'mata' (penglihatan) berbanding 'telinga' (pendengaran). Oleh itu, persekitaran pendidikan perlulah kondusif dan sejajar dengan matlamat dan kaedah pendidikan.


Bermula dengan 'bacalah'


Membaca adalah kunci ilmu, ilmu penggerak kepada setiap amalan. Ilmu akan membawa kita kenal Allah yang mendorong kita untuk tunduk, patuh serta beramal kepadaNya. Namun, dalam menuntut ilmu kita bukan sahaja perlu membaca tetapi haruslah berguru supaya kita mendapat kefahaman yang betul dan menghindari salah faham. Guru yang mendidik pula akan menjadikan ilmu dapat membentuk diri kita seperti yang disarankan oleh Islam.



Seorang individu sedang membaca buku di perpustakaan
Rajah 3: Individu sedang membaca buku

Yorumlar

5 üzerinden 0 yıldız
Henüz hiç puanlama yok

Puanlama ekleyin
Tulis.jpg

Hai, terima kasih kerana sudi singgah!

Mula Hari Ini menawarkan sumber untuk membantu individu memulakan hari mereka dengan produktif...

Biarkan catatan kami
datang kepada anda

Terima kasih atas langganan anda

  • pet symbol

Hubungi Kami

Terima kasih kerana menghubungi kami!

© 2021 Mula Hari Ini. All rights reserved.

bottom of page