10 Malam Terakhir Ramadan
- 31 Mac 2024
- 2 min membaca
Updated: 16 Mac
Tanpa disedari kita telah memasuki fasa terakhir bulan Ramadan iaitu 10 malam terakhir. 10 malam terakhir Ramadan sangat penting kerana fasa ini adalah kemuncak bulan Ramadan di mana terdapat 1 malam yang dijanjikan oleh Allah lebih baik daripada 1000 bulan iaitu lailatulqadar.

Allah memberikan begitu banyak hadiah pada bulan Ramadan dan sebahagian hadiah nabi lain pun tidak dapat iaitu lailatulqadar. Jom! muhasabah tentang keistimewaan bulan Ramadan:

Sesiapa yang diharamkan lailatulqadar maka dia diharamkan oleh Allah kebaikan yang banyak.
10 malam terakhir kita sibuk buat apa? Ramai yang sibuk dengan persiapan raya.
Umur dah berapa tahun? Berapa kali dapat lailatulqadar?
Di sebahagian negara luar menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan. Masjid-masjid dibuka untuk beriktikaf. Makanan serta minuman untuk berbuka puasa dan sahur disediakan.
Rasulullah s.a.w beriktikaf 10 malam terakhir Ramadan.
Latih diri untuk ikhlas kerana Allah s.w.t.
Kelebihan bulan Ramadan hanya untuk umat Muhammad s.a.w sahaja.
Ganjaran pahala untuk sesuatu ibadat adalah berbeza bergantung kepada keikhlasan seseorang. Sebagai contoh ada ibadat yang digandakan 10 kali dan ada 700 kali ganda kecuali puasa. Gandaan pahala puasa dirahsiakan. Disebabkan seseorang tinggalkan makan, minum dan syahwat kerana Allah tiada orang yang nampak dia sedang melakukan ibadat tersebut maka pahala yang besar itu hanya diketahui di mahsyar nanti.
Kata ulamak jadikan sepanjang hidupmu sebagai hamba Allah bukan hamba Ramadan. Semua rasul dan nabi berjaya menjadi hamba yang bertakwa. Solat kerana dia hamba, puasa kerana Allah s.w.t dan lain-lain. Banyangkan umur yang paling pendek di kalangan rasul adalah rasulullah s.a.w tetapi baginda menjadi penghulu segala rasul dan nabi. Kenapa hal ini berlaku? Kerana tingkat ketakwaan baginda paling tinggi. Nabi Yunus ditelan ikan masih berzikir kepada Allah s.w.t. Oleh itu, mohonlah kepada Allah supaya hati lembut untuk sujud kepada Allah sepanjang hayat bukan pada bulan Ramadan sahaja. Ingat kita beribadat bukan kerana makhluk tetapi kerana Allah s.w.t pencipta seluruh alam.

Ketahuilah ada satu peristiwa yang akan berlaku di mahsyar nanti; apabila nama dipanggil di mahsyar amalan dibentangkan tiba-tiba amalan puasa hanya ditulis lapar dan dahaga tiada pahala. Pahala Ramadan terhapus dengan 2 dosa iaitu mengumpat dan menipu. Hindarilah perbuatan dosa tersebut dan mintalah kepada Allah supaya terima segala amalan. Janganlah memilih jalan golongan yang dirugikan pada bulan Ramadan.
Mulai hari ini muhasabah amalan pada bulan Ramadan masing-masing. Belum terlambat untuk melakukan dan mempertingkatkan amalan. Masih ada masa sebelum Ramadan meninggalkan kita.
Comments