top of page

Sudahkah Merancang Bulan Ramadan Anda?

  • 3 Mac 2024
  • 2 min membaca

Updated: 16 Mac

Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Selama ini Ramadan datang dan berlalu pernah anda semua terfikir apa makna Ramadan bagi diri anda? Adakah Ramadan sekadar bulan untuk anda menahan lapar dan dahaga?


Bagi diri saya, Ramadan adalah bulan yang membuka perjalanan untuk menjadi insan yang bertakwa. Insan yang bertakwa? Mungkin ada yang tidak mengetahui takwa itu apa. Takwa bermaksud melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Allah. Jadi Ramadan sebenarnya bukan sekadar bulan untuk kita menahan lapar dan dahaga bahkan kita juga perlu menjaga segala anggota badan daripada kemaksiatan.


Tahukah anda Ramadan mempunyai banyak kelebihan. Antaranya adalah seperti berikut:

· Puasa fardhu

· Lailatulqadar

· Diturunkan al-quran

· Pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup

· Syaitan dibelenggu

· Solat terawih

· Penghulu segala bulan


Allah memilih Ramadan sebagai bulan yang agung dan penuh keberkatan. Pada bulan Ramadan, Allah telah menurunkan al-quran dan terdapat satu malam yang kualitinya lebih baik berbanding dengan 1000 bulan. Selain itu, pahala bagi setiap perbuatan baik digandakan serta diturunkan rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka.


Amatlah rugi bagi sesiapa yang membiarkan Ramadan berlalu begitu sahaja tanpa melakukan sebarang amal kebaikan. Menurut perkongsian daripada Ustazah Asma’ Harun menerusi Facebook beliau, terdapat 10 kerugian di dalam bulan Ramadan.


10 kerugian di dalam bulan Ramadan


1. Meninggalkan sahur

2. Bersahur tetapi tidak mendirikan solat sunat

3. Tidak bersedekah walaupun sedikit

4. Melakukan pembaziran ketika berbuka puasa

5. Menunggu waktu berbuka puasa tanpa berdoa

6. Tidak menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya

7. Tidak menjaga lisan dan perbuatan

8. Tidak membaca atau mendengar bacaan al-quran

9. Meninggalkan solat sunat terawih

10. Meninggalkan solat sunat witir


Oleh itu, kita perlu merancang aktiviti-aktiviti pada bulan Ramadan supaya tidak tergolong dalam kumpulan yang rugi. Salah satu cara untuk merancang aktiviti-aktiviti pada bulan Ramadan adalah menggunakan Ramadan planner.



Perancang Ramadan dengan senarai semak, penjejak hidrasi, emoji mood, dan senarai kesyukuran.  Tema hijau dengan grafik tanglung dan bulan.
Rajah 1: Perancang Ramadan - Atur aktiviti spiritual harian anda dengan bahagian untuk senarai semak Ibadah, kesyukuran, penghidratan, penjejakan mood, dan matlamat harian.


Ramadan planner dapat membantu kita membuat perancangan untuk memanfaatkan bulan Ramadan secara maksimum. Ramadan planner boleh dijadikan sebagai rujukan untuk kita menilai sama ada matlamat kita pada bulan Ramadan tercapai atau tidak. Selain itu, Ramadan planner juga membantu kita untuk kekal istiqamah dengan amalan-amalan yang sedang dilakukan sepanjang bulan Ramadan.


Semoga dengan usaha kita merancang aktiviti pada bulan Ramadan ini Allah akan merahmati kita, diberi keampunan, dikurniakan lailatulqadar dan seterusnya kita berjaya menjadi insan yang bertakwa. Amin…


Jom! Mula hari ini rancang bulan Ramadan anda.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Tulis.jpg

Hai, terima kasih kerana sudi singgah!

Mula Hari Ini menawarkan sumber untuk membantu individu memulakan hari mereka dengan produktif...

Biarkan catatan kami
datang kepada anda

Terima kasih atas langganan anda

  • pet symbol

Hubungi Kami

Terima kasih kerana menghubungi kami!

© 2021 Mula Hari Ini. All rights reserved.

bottom of page