top of page

SIAPAKAH GENERASI YANG DINANTI?

  • 24 Apr 2024
  • 3 min membaca

Updated: 25 Apr 2024


 

Generasi yang mengenal Allah s.w.t


Bagaimana mahu mengenal pencipta?

Seperti yang kita sedia maklum wahyu pertama yang diturunkan kepada rasulullah s.a.w adalah perintah bacalah. Maka tidak syak lagi akan kepentingan membaca dan kewajipan menuntut ilmu bagi memperoleh ilmu pengetahuan. Hanya dengan ilmu manusia akan mengenal Tuhan.


Kasih sayang Allah kepada kita tiada tandingannya. Tetapi kenapa kita masih rasa sukar mencintainya?

Hati apabila tidak mahu mencintai Allah, bukan kerana cinta Allah tidak agung, tidak hebat atau tidak indah tetapi hati kita yang sakit. Hati yang sakit tidak mampu merasai dan menikmati keindahan cinta Allah seperti badan apabila sakit tidak mampu menikmati kelazatan makanan.



Gambar sebahagian hati telah hancur
Rajah 1: Hati yang sakit

Hati yang sakit perlu diubati. Berikut 5 perkara yang mampu mengubati hati.

  1. Solat malam

  2. Berkumpul dengan orang soleh

  3. Banyakkan berpuasa

  4. Baca quran dan maknanya

  5. Perbanyakkan zikir malam


Kadang-kala kita rasa tertekan dengan masalah-masalah yang dialami sehingga lupa bahawa kehidupan ini bukan tentang diri kita semata tetapi ummah. Jika kita tenggelam dengan perkara nafsi maka ia hanya membantutkan usaha-usaha memenangkan Islam. Jangan mengutamakan masalah diri sendiri sehingga membelakangi masalah ummah. Cuba kita tengok keadaan umat Islam sekarang. Umat Islam kini sedang sakit kerana kebanyakkannya terjebak dengan masalah keruntuhan akhlak, gejala sosial, LGBTQ, hiburan melampau, ditindas, kemiskinan, perpecahan dan lain-lain. Jadilah orang yang ditarbiah kerana cara berfikir orang yang ditarbiah sentiasa membuat perancangan hidup bukan untuk kepentingan diri semata tetapi mereka juga mendahulukan agenda Islam berbanding peribadi.


Apakah masalah terbesar yang menimpa umat Islam pada hari ini?

Masalah terbesar umat Islam kini adalah kurangnya ilmu pengetahuan. Kebangkitan Islam dengan semangat sahaja tanpa ilmu merupakan sesuatu hal yang mustahil dan sia-sia. Terdapat beberapa syarat menuju kebangkitan Islam.



Pelbagai jenis koleksi buku
Rajah 2: Pelbagai jenis buku

3 syarat menuju kebangkitan Islam

  1. Kematangan berdemokrasi

  2. Kemuliaan akhlak

  3. Kecintaan kepada ilmu


Kebangkitan Islam di sini bermaksud satu semangat kesedaran dan kebangkitan umat untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Ilmu sangat penting dalam melahirkan generasi unggul kerana ia mampu membentuk individu yang mengenal Allah, kembali dekat dengan Allah, membuahkan akhlak yang soleh serta membentuk fikrah yang benar. Untuk menjadi individu yang unggul janganlah biarkan hari berlalu tanpa ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.


Generasi solehah


Seorang wanita dituntut untuk mencari ilmu yang tinggi kerana wanita yang akan membangunkan generasi. Dalam sebuah keluarga, ibu merupakan madrasah bagi anaknya. Melalui ibu yang mengenal Allah anak juga akan terdidik untuk mengenal diri dan Tuhannya. Wanita adalah sebab utama terciptanya sakinah dan ketenangan dalam rumahtangga. Selain itu, wanita solehah menjadi faktor utama yang boleh mempengaruhi lelaki untuk lebih bertaqwa. Justeru amat penting menjaga dan membentuk wanita menjadi individu yang berilmu dan bertaqwa disebabkan peranan utamanya dalam pembentukan manusia. Wanita mempunyai fungsi yang penting dalam kehidupan keluarga dan masyarakat. Tidak mungkin masyarakat dan keluarga menjadi baik sekiranya wanita tidak menjadi solehah.



Ibu sedang mengajar anaknya di atas katil yang bercadar warna putih
Rajah 3: Ibu sedang mengajar anaknya

Komponen penting dalam pembentukan wanita solehah

  1. Ilmu agama dan ilmu kehidupan

  2. Pembinaan iman yang membawa kepada amal

  3. Akhlak yang membina maruah

  4. Persekitaran yang membina dan memelihara kesuciannya


Jadilah perempuan yang bukan sekadar berakal bahkan memanfaatkan akal kerana perempuan yang memanfaatkan akal akan tahu sampai batas mana ia harus berjalan.


Generasi yang dinanti


Dunia tidak memerlukan mereka yang banyak ilmu tetapi disimpan di dalam diri tanpa diamalkan. Dunia memerlukan mereka yang mempunyai ilmu lalu mereka bergerak melalui amalnya. Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun. Kemenangan Islam telah dijanjikan (An-Nur: 55).

"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan buat umat ini pada setiap permulaan 100 tahun itu mereka yang akan mentajdidkan agama buat mereka" (Riwayat Abu Dawud, 4291). Proses tajdid adalah proses mengembalikan umat kepada agama Islam yang asal.


Islam boleh mencapai kemenangan tetapi perlu memenuhi beberapa syarat kemenangan.


Syarat kemenangan

  1. Kemenangan daripada Allah

  2. Allah hanya akan membantu orang yang membantunya

  3. Kemenangan tidak akan dianugerahkan kecuali kepada golongan mukmin


Umat Islam perlu membantu agama Allah dengan melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah untuk menuju kemenangan. Selain itu, berusahalah untuk menjadi individu yang mempunyai ciri-ciri orang mukmin.


Ciri-ciri orang mukmin

  1. Khusyuk di dalam solat

  2. Meninggalkan perkara lagha

  3. Mengeluarkan zakat

  4. Menjaga kemaluan daripada perkara haram

  5. Memenuhi amanah

  6. Memenuhi janji

  7. Menjaga solat


Umat Islam juga harus memiliki jiwa yang kental untuk membentuk serta membina bangsa dan generasi

  1. Kemahuan tinggi

  2. Kesetiaan sejati

  3. Pengorbanan agung

  4. Memahami prinsip


Umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid
Rajah 4: Umat Islam sedang menunaikan solat

Umat Islam perlu sedar bahawa hanya dengan kembali kepada Islam umat ini akan kembali kuat. Bangunlah pemuda! Kita ada dunia untuk dikejar dan akhirat sebagai nikmat pembalasan. Semoga tergolong dalam golongan 'generasi yang dinantikan'.


"Kalau kita merasa penat dan miskin kerana berjuang untuk Islam, ketahuilah bahawa itu bukan kerana masalah kekurangan tenaga atau harta tetapi kerana kurangnya keyakinan kita terhadap janji Allah s.w.t".





Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Tulis.jpg

Hai, terima kasih kerana sudi singgah!

Mula Hari Ini menawarkan sumber untuk membantu individu memulakan hari mereka dengan produktif...

Biarkan catatan kami
datang kepada anda

Terima kasih atas langganan anda

  • pet symbol

Hubungi Kami

Terima kasih kerana menghubungi kami!

© 2021 Mula Hari Ini. All rights reserved.

bottom of page