top of page

Persediaan Sebelum Ramadan

  • 4 Mac 2024
  • 2 min membaca

Updated: 16 Mac

Ramadan sudah semakin hampir. Anda sudah buat persediaan? Untuk pengetahuan anda amalan pemakanan sihat dan seimbang dari awal membantu kita dalam menunaikan ibadat puasa dengan lebih baik.


Keluarga empat orang berkongsi hidangan di meja bulat, dikelilingi oleh tingkap terbuka dengan latar langit bandar dan bulan sabit.  Nada hangat, tanglung tergantung.
Rajah 1: Makan malam keluarga yang tenang di bawah bulan sabit, berkongsi hidangan tradisional pada petang yang damai di beranda.

Jadi bagaimana cara untuk mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang? Caranya adalah seperti berikut:


  • Diet seharian perlu mengandungi karbohidrat, protein, sayur dan buah serta kurang garam, gula dan lemak.

  • Karbohidrat kompleks membekalkan tenaga dengan lebih lama. Contoh makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks adalah nasi, pasta, kurma, badam, oat, barli, gandum penuh, kacang soya, kentang, brokoli dan kubis.

  • Sayur dan buah mengandungi serat yang membantu sistem penghadaman serta mengawal kadar gula dalam darah.

  • Protein membantu kita untuk rasa kenyang dengan lebih lama.

  • Kita perlu mengurangkan pengambilan makanan pedas dan berminyak kerana makanan tersebut membuat perut tidak selesa.

  • Jika ambil makanan mengandungi tinggi garam dan minuman manis kita akan cepat rasa dahaga.

  • Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi kerana kafein menyebabkan kita kerap buang air kecil.

  • Kita disarankan untuk mengawal pengambilan kalori. Kalori berlebihan meningkatkan berat badan.

  • Amalkan gaya hidup aktif untuk membakar kalori berlebihan.

  • Makan ikut waktu. Pastikan mengambil sarapan, makanan tengahari dan makan malam bagi mendapatkan khasiat yang diperlukan oleh tubuh.


Selain daripadan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, terdapat 5 persiapan lagi untuk menyambut Ramadan.

 

5 persiapan menyambut Ramadhan


  1. Menjaga kesihatan sebaik mungkin.

  2. Menyemak semula hukum-hakam dan amalan-amalan sunat yang digalakkan ketika berpuasa seperti bersedekah dan membaca al-quran.

  3. Memperbanyakkan doa: ‘Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan’.

  4. Mujahadah untuk bangun malam, solat berjemaah di masjid dan berhenti melakukan dosa serta perkara sia-sia.

  5. Mengingatkan yang lain tetang persediaan menyambut Ramadan.

 



Keluarga membaca bersama di bawah cahaya lilin, tersenyum mesra.  Interior yang selesa dengan daun musim luruh di luar.  Nada coklat lembut dan beige meningkatkan suasana tenang.
Rajah 2: Keluarga yang bahagia membaca bersama di bawah cahaya lilin, menciptakan suasana kehangatan dan kebersamaan dalam ruangan penuh cahaya lembut dengan latar belakang dedaunan.

Semoga dengan persediaan ini dapat membantu kita menjalani ibadat puasa dan ibadat lain pada bulan Ramadhan. Gunakanlah kelebihan Ramadhan untuk memperbaiki kesihatan diri secara menyeluruh merangkumi mental, fizikal dan spiritual. Jom! Mula hari ini buat persediaan menyambut Ramadhan.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Tulis.jpg

Hai, terima kasih kerana sudi singgah!

Mula Hari Ini menawarkan sumber untuk membantu individu memulakan hari mereka dengan produktif...

Biarkan catatan kami
datang kepada anda

Terima kasih atas langganan anda

  • pet symbol

Hubungi Kami

Terima kasih kerana menghubungi kami!

© 2021 Mula Hari Ini. All rights reserved.

bottom of page