Sedih Kedatangan Haid Pada 10 Malam Terakhir Ramadan?
- 22 Mac 2024
- 2 min membaca
Updated: 16 Mac
Pada bulan Ramadan umat Islam berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadat dan kebaikan. Pada bulan mulia ini segala amal kebaikan dilipat gandakan pahalanya. Begitu juga dengan kaum Hawa tidak mahu ketinggalan dalam mengejar pahala yang dikurniakan oleh Allah pada bulan ini. Namun, kaum Hawa perlu menerima hakikat bahawa mereka perlu melalui fasa kedatangan haid. Seperti yang kita sedia maklum apabila kedatangan haid terdapat beberapa amalan yang dilarang untuk dilakukan oleh mereka seperti tidak dibenarkan solat, berpuasa serta membaca al-quran dan lain-lain.
Tetapi, jangan bersedih wanita sekalian. Tahukah anda wanita yang mengalami haid pada bulan Ramadan masih boleh mengejar pahala dan fadhilat Ramadan. Bagaimana caranya? Menurut Ustazah Asma' Harun terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh wanita untuk memaksimakan pahala dan mendapat fadhilat Ramadan terutama pada 10 malam terakhir walaupun dalam keadaan haid. Antara amalannya adalah seperti berikut:
Memperbanyakkan doa dan zikir
Mendengarkan alunan al-quran
Memperbanyakkan selawat
Mempelajari ilmu agama
Melazimi sedekah
Memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Antara contoh doa yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:
Doa kebaikan di dunia dan akhirat (Al-Baqarah: 201)
Doa memohon ampun (Al-A'raf: 23)
Doa agar diri dan keturunan rajin mendirikan solat (Ibrahim: 40)
Antara contoh zikir yang boleh diamalkan:
Zikir taubat
Zikir Fatimah
Zikir pemberat timbangan
Antara contoh surah lazim yang boleh diamalkan:
Surah yang berada pada juzuk 30 bermula surah Ad-Dhuha sehingga Al-Ikhlas
Surah Al-Insyirah, Al-Kafirun, Al-Kautsar, Al-Falaq, An-Nas dan lain-lain.
Jadi kaum Hawa atau wanita sekalian janganlah bersedih apabila kedatangan haid pada bulan Ramadan. Sesungguhnya, ketentuan Allah s.w.t ada hikmah yang tersendiri. Wahai kaum Hawa ketahuilah bahawa Allah s.w.t tidak pernah menzalimi hambaNya. Oleh itu, gunakanlah kesempatan berada dalam keadaan haid dengan memperbanyakkan amalan-amalan yang dikongsikan. Semoga semua amalan diterima oleh Allah s.w.t yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang serta menjadikan kita hamba dan khalifah yang bertakwa.

Comments