top of page

Tip Khatam Al-Quran Bulan Ramadan

  • 27 Mac 2024
  • 3 min membaca

Updated: 16 Mac

Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan al-quran.

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

(Surah al-Baqarah;185)

Berdasarkan ayat di atas, Ibn Kathir mentafsirkan bahawa Allah SWT memuliakan bulan puasa berbanding bulan yang lain yang mana bulan tersebut terpilih sebagai bulan turunnya al-Quran berbanding bulan-bulan yang lain.



Biji tasbih biru terletak di atas Al-Quran yang tertutup dengan penutup hiasan.  Suasana adalah tenang, dengan pencahayaan lembut dan suasana yang damai.
Rajah 1: Tasbih biru terletak di atas naskah Al-Quran, menggambarkan suasana ketenangan dan refleksi rohani.

Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk membaca al-quran sebanyak mungkin pada bulan ini. Bukan sahaja untuk meraih pahala yang berlipat ganda malah untuk mendapat fadhilat Ramadan itu sendiri. Sebagai platform untuk membantu para pembaca sekalian, di sini dikongsikan cara dan tip  untuk khatam al-quran pada bulan Ramadan.


Cara khatam al-quran bulan Ramadan


1.      Buat jadual harian untuk aktiviti khatam al-quran.

Sesuaikan dengan waktu lapang yang dimiliki serta kemampuan membaca al-quran.

2.      Membaca dengan khusyuk dan tertib

Jangan terburu-buru membaca al-quran. Perhatikan intonasi dan tajwid dengan baik.

3.      Membaca dengan mengetahui makna ayat dan pemahaman

Baca al-quran dengan memahami makna ayat yang dibaca. Kefahaman tentang ayat al-quran membantu kita untuk mudah mengingati dan memahami pesan yang disampaikan dalam setiap ayat tersebut.

4.      Berdoa sebelum dan selepas membaca al-quran

Apabila kita berdoa sebelum membaca al-quran hati akan menjadi tenang dan fokus pada bacaan. Selepas membaca al-quran disarankan untuk berdoa untuk memohon ampunan kepada Allah.

5.      Gunakan aplikasi al-quran

Aplikasi al-quran memudahkan kita untuk menyelesaikan khatam al-quran.

Selain itu, ia juga membantu kita untuk membaca al-quran secara online di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Pelbagai jenis aplikasi yang ada seperti dilengkapi dengan ciri untuk membuat jadual bacaan dan merekod perkembangan kita dalam menyelesaikan khatam al-quran.

6.      Bertadarus

Khatam al-quran menjadi lebih mudah apabila kita bertadarus. Kita boleh memilih untuk bertadarus bersama ahli keluarga atau rakan. Setiap orang di dalam kumpulan tadarus akan bergilir-gilir membaca al-quran sama ada membaca sehelai seorang atau dua helai seorang dan seterusnya bergantung kepada persetujuan semua ahli kumpulan tadarus. Ada juga yang bertadarus dengan membahagikan setiap helaian atau juzuk kepada setiap ahli dan mereka akan menyelesaikan bacaan masing-masing tidak kira di mana sahaja.

7.      Jauhi kegiatan yang tidak penting

Kegiatan yang tidak penting seperti menonton televisyen, mendengar radio, bermain permainan video dan sebagainya akan mengalihkan perhatian kita dari khatam al-quran mengikut jadual. Elak terlalu banyak menghabiskan masa melakukan aktiviti tersebut. Gunakan waktu yang terluang untuk membaca al-quran sebanyaknya.

8.      Pilih suasana yang tenang

Bacaan al-quran perlulah di tempat yang tenang dan selesa supaya kita dapat fokus dengan bacaan kita.

9.      Lakukan dengan ikhlas

Hadirkan niat ikhlas membaca al-quran bukan sekadar untuk menyelesaikan bacaan al-quran. Niat untuk mengeratkan hubungan dengan Allah supaya kita dikurniakan pahala berlipat ganda dariNya.

 

Tip kiraan muka surat yang perlu di baca


Muka surat Al-Quran terbuka dipegang oleh tangan.  Teks Arab dengan aksen hijau dan merah.  Reka bentuk sempadan yang rumit.  Atmosfera yang cerah dan penuh renungan.
Rajah 2: Seorang individu sedang membaca ayat-ayat Al-Quran, memaparkan kesucian dan keindahan seni khat Arab.

1 kali khatam

20 muka surat sehari = 4 muka surat setiap waktu solat

2 kali khatam

45 muka surat sehari = 9 muka surat setiap waktu solat

3 kali khatam

60 muka surat sehari = 12 muka surat setiap waktu solat

4 kali khatam

90 muka surat sehari = 18 muka surat setiap waktu solat

 

Peringatan:

Jika belum khatam dalam masa sebulan, letakkan sasaran khatam sekali dahulu. Jika pernah khatam sekali dan bacaan pada tahap yang baik tingkatkan usaha untuk khatam 2 kali pula. Begitulah seterusnya.

 

Semoga dengan perkongsian kali ini membantu anda semua untuk mendapat pahala semaksima mungkin melalui bacaan al-quran. Diharapkan juga dengan usaha memperbanyakkan bacaan al-quran ini kita meraih redha Allah s.w.t.

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
Tulis.jpg

Hai, terima kasih kerana sudi singgah!

Mula Hari Ini menawarkan sumber untuk membantu individu memulakan hari mereka dengan produktif...

Biarkan catatan kami
datang kepada anda

Terima kasih atas langganan anda

  • pet symbol

Hubungi Kami

Terima kasih kerana menghubungi kami!

© 2021 Mula Hari Ini. All rights reserved.

bottom of page