top of page

Hasil Carian

93 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • TRAGEDI: LUBANG BENAM DI KUALA LUMPUR

    Tahukah anda? Pada 23 Ogos 2024 satu kejadian seorang warga India terjatuh ke dalam lubang benam di Masjid India, Kuala Lumpur. Operasi mencari dan menyelamat diteruskan walaupun lebih 24 jam mangsa telah hilang dan dipercayai dihayutkan arus deras paip kumbahan bawah tanah. Sudah lebih 24 jam, wanita warga India terjatuh lubang benam masih gagal ditemui Operasi pencarian menfokuskan enam lurang kumbahan. Tindakan ini bagi meluaskan lokasi pencarian sebelum mengambil keputusan membuka enam lurang kumbahan berkenaan. Mangsa dipercayai tersangkut atau berada di laluan lurang terbabit. Walaubagaimanapun dijelaskan bahawa keselamatan di sekitar Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi. Apakah lubang benam? Bagaimana lubang benam terjadi? Tonton video di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang kejadian ini. INSIDEN TANAH MENDAP | Faktor Geografi, Struktur Tanah Antara Punca Kejadian [TERKINI] Tanah Jerlus: Satu lagi kejadian tanah mendap di Jalan Masjid India, KL

  • KENAPA ANDA PERLU MEMBACA NOVEL?

    Novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya pan­jang dan kompleks yang berkaitan dengan pe­ngalaman manusia dan kelakuan sosial. Maksud istilah lain yang berkaitan dengan novel: Murahan novel yang rendah nilai kan­dung­annya atau mutu fizikalnya; bernovel bergiat dlm penulisan novel; pernovelan perihal menulis novel. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Perkataan novel berasal daripada bahasa Itali novella, bahasa sepanyol pula dikenali sebagai novela dan dalam bahasa Perancis disebut nouvelle yang bermaksud sebuah kisah atau sepotong berita (Siti Hajar, 2009). Novel lebih panjang dan kompleks berbanding dengan cerpen dan bukan karangan berbentuk fakta. Novel tidak terikat dengan sebarang bentuk struktur atau format seperti drama dan sajak. Ada pendapat yang mengatakan novel merupakan kisah yang dibukukan dan dianggap sebagai satu karya fiksyen yang mengandungi imiginasi pengarang. 5 sebab anda perlu membaca novel Setiap individu mempunyai hobi atau minat tersendiri. Salah satu minat yang popular di kalangan remaja perempuan dan wanita adalah membaca novel dan mengumpulkannya. Kebiasaanya penceritaan sesebuah novel dapat meningkatkan minat mereka terhadap novel. Plot dan cerita yang menarik dan ada elemen kejutan didalamnya mampu menimbulkan rasa ingin tahu dengan lebih mendalam tentang isi novel tersebut. Novel yang berbentuk cerita membuatkan mereka lebih seronok membacanya dan secara tidak langsung mereka akan suka untuk membacanya. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk belajar melalui cerita daripada novel. Banyak novel yang mempunyai idea dan mesej yang hebat. Ada satu kata-kata yang berbunyi manusia berubah bukan kerana lambakan maklumat dan ilmu tetapi kerana cerita yang menyentuh kalbu. Melalui novel juga mereka dapat melihat kehidupan manusia secara dekat dan mampu merasakan empati pada manusia terutamanya yang kurang bernasib baik. Hal ini secara tidak langsung menjadikan mereka berusaha dengan lebih baik untuk memahami situasi manusia. Tambahan lagi, mereka boleh mempelajari cara untuk menangani cabaran hidup dengan membaca novel kerana berpeluang melihat pergelutan hidup dalam diri manusia dalam sesebuah novel yang mempamerkan watak-watak yang menghadapi cabaran hidup dan mampu menanganinya dengan baik. Novel juga membantu mereka memahami diri. Ada ketikanya novel membuatkan mereka bergelut dengan ideologi dan perasaan dalam diri. Tetapi keadaan ini tidak perlu dirisaukan. Jadikan ia sebagai salah satu jalan untuk lebih memahami diri. Kemungkinan mereka tidak dapat terus amalkan pengajaran daripada novel tersebut. Namun, pada satu hari nanti pasti pengajaran itu berguna dalam hidup mereka. Koleksi preloved novel Melayu Berikut merupakan koleksi preloved novel Melayu yang bakal menjadi kegemaran anda. Preloved Novel 1: Keranamu Balqis Kebebasan dan kemewahan wang ringgit yang diberikan oleh kedua ibu bapanya membuatkan Hanim Hanani leka lantas terjebak dalam kancah sosial. Kehidupan Hanim Hanani mula berubah setelah mahkota kegadisannya diragut akibt dendam seorang lelaki bernama Amran. Demi menjaga maruah keluarga, Badrul Hisyam, abang kandung Hanim Hanani terpaksa mencari pak sanggup bagi mengelakkan rahsia terbongkar. Lantaran kesempitan wang dan sikap berhutang memaksa Harris Daniel terjebak dalam perkahwinan kontrak ciptaan Badrul Hisyam. Dendam terhadap Hanim Hanani membuatkan Harris Daniel sering meyakiti hati isterinya itu, malah kesempatan yang ada digunakan untuk mengikis kemewahan Hanim Hanani. Segalanya demi Julia. Namun semuanya berubah setelah kehadiran Nurain Balqis. Dalam masa yang sama identiti Julia mula terbongkar. Namun siapakah Julia yang sebenarnya? Dapatkah Hanim Hanani mempertahankan perkahwinannya sedangkan tempoh perjanjian hampir tamat? Preloved Novel 2: Gelora Jiwa Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara. Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata! Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga. Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana? Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat? Preloved Novel 3: Seredup Kasihmu Kisah silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya. Setelah ibunya meninggal dunia, Mak Longnya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa. Lea Haryani tidak begitu senang dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada-ada sahaja kesalahan yang dicari. Bukan itu sahaja, Mak Long juga suka mengungkit asal-usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat. Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sikapnya yang pasif terbawa-bawa hingga ke universiti. Di universiti dia tidak mempunyai kawan rapat melainkan kawan sebilik bernama Suziyan. Emir Safwan yang satu kuliah dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara dilakukan oleh Emir Safwan untuk memikat hati Lea Haryani namun tidak berhasil. Dengan bantuan Profesor Halim, akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan. Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani dan menyuruh anaknya itu memilih Syamen, anak Datin Jawaher. Emir Safwan tetap dengan pendirian memilih Lea Haryani. Akhirnya berlakulah konflik. Lea Haryani mengalah dan menyuruh Emir Safwan akur dengan pilihan mamanya. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar-benar mencintai Lea Haryani. Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah terluka untuk menawan hati Lea Haryani kembali? Berapa mahalkah harga yang harus dibayar untuk satu kemaafan? Preloved Novel 4: Sedetik Cinta Benarkah cinta pertama tak semestinya cinta sejati? Hipotesis bagi Sophie; cinta juga tak semestinya bersatu. Dia redha menerima keputusan Keyrill. Demi prinsip dan agama, mereka harus berpisah. Namun bayangan lelaki bermata biru itu sering mengganggu. Kadangkala kerinduannya bagai tak tertanggung. Bertahun-tahun dia cuba memujuk hati yang luka. Masa terus berlalu. Tanpa diduga, kasih Sophie berputik semula. Perhatian Haji Aikimi, pengurusnya yang berkarisma benar-benar menambat hatinya. Namun, sekali lagi perasaannya diuji. Sanggupkah dia menjadi orang kedua kerana lelaki itu sudah berpunya? Ah, sukarnya membuat pilihan. Namun, dia tidak sanggup berkongsi kasih. Apatah lagi menjadi galang ganti sebagai penyambung zuriat seorang lelaki. Sophie tegar! Kisah ini harus dinoktah. Kenangan datang dan pergi. Di saat lukanya mula sembuh, sesuatu yang tidak diduga berlaku! Lelaki itu muncul kembali. Terima kasih Keyrill kerana menghancurkan hati saya. Wanita itu sungguh bertuah... Sophie percaya, hidup ini ibarat gula-gula; masam, manis dan kadangkala masin. Dia tidak pernah berhenti berharap, biarpun ada kekosongan yang dirasa. Hatinya masih berdegil. Dia percaya, suatu hari nanti dia mampu membina bahagia bersama seorang lelaki yang entah di mana... Nak dapatkan novel ini dengan harga murah? Klik di sini untuk penghantaran segera. Preloved Novel | Keranamu Balqis

  • BAGAIMANA AARON CHIA DAN SOH WOOI YIK MENJADI INSPIRASI UNTUK TIDAK BERPUTUS ASA DALAM PERJUANGAN?

    Semua sudah sedia maklum bahawa Malaysia telah berjaya meraih pingat pertama di Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang beraksi dalam penentuan gangsa acara badminton beregu lelaki. Dalam misi mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi di Tokyo 2020, mereka berdepan cabaran beregu nombor dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark di Porte de La Chapelle Arena.

  • ULASAN BUKU: TENTANG PILIHAN

    Tajuk Buku: Tentang Pilihan Nama Penulis: Dr. Nur Aisyah Zainordin Penerbit: Iman Publication Tahun Terbitan: 2022 Judul Tentang Pilihan terasa seperti dekat di hati dan mengajak diri untuk membacanya. Setiap hari sebagai manusia kita mesti membuat pilihan dalam hidup tidak kira pilihan tentang perkara besar atau kecil. Hakikatnya buku ini ditulis atas sebab penulis mempunyai pengalaman dalam membuat keputusan yang betul dan salah serta menghadapi konflik dalam membuat keputusan. Oleh itu, penulis mencari konsep dan kaedah yang betul dalam membuat keputusan. Seterusnya, penulis ingin berkongsi maklumat tersebut dengan pembaca agar orang lain tidak mengalami peristiwa yang sama iaitu buat keputusan salah. Setiap orang mesti membuat keputusan dalam hidup tetapi kebanyakan orang tidak tahu kaedah yang betul untuk membuat keputusan menyebabkan mereka terperangkap dalam keputusan salah. Keputusan salah memberi kesan yang negatif terhadap kehidupan sama ada dari aspek kewangan, masa, emosi dan lain-lain. Antara perkara yang saya suka tentang buku ini adalah ia menghuraikan keputusan-keputusan besar dalam hidup yang akan mempengaruhi diri kita sendiri dan arah perjalanan hidup kita. Kebanyakannya bersifat sehala iaitu tidak boleh diubah. Jadi kita perlu mengambil masa untuk menilai dari setiap aspek sebelum membuat keputusan tersebut. Perkara penting tentang buku ini adalah saranan yang diberikan oleh penulis untuk memilih perkara yang membuatkan kita bahagia berbanding perkara lain dalam membuat keputusan. Terdapat petikan yang menyatakan “mulakan dengan pengakhiran yang dibayangkan”. Penulis juga menceritakan tentang pengalaman sendiri dalam membuat keputusan betul dan salah. Kelebihan buku ini adalah ia mengajak pembaca melakukan aktiviti yang berkaitan topik yang dibincangkan bagi setiap bab. Melalui aktiviti ini para pembaca akan lebih memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis dan secara tidak langsung membantu pembaca membuat keputusan. Selain itu, penulis berkongsi tentang proses berfikir yang tepat untuk membantu pembaca membuat keputusan dengan lebih yakin dan berkesan dalam hidup. Secara keseluruhan, buku ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai konflik dalam membuat keputusan, takut untuk ambil risiko dan trauma untuk keluar dari zon selesa disebabkan pengalaman lalu. Buku ini boleh dijadikan panduan untuk membantu kita membuat keputusan terutama yang tidak boleh diubah. Tidak dinafikan bahawa keputusan salah menjadikan kita lebih matang dan mengajar kita erti tabah. Namun, jika kita mempunyai kaedah yang tersusun untuk mengelak daripada membuat keputusan salah mengapa kita tidak amalkannya. Tetapi harus diingat kaedah dan konsep dalam buku ini hanyalah usaha kita untuk membuat keputusan tepat dan tidak bermakna perjalanan hidup kita lancar selepas membuat keputusan berpandukan kaedah dan konsep tersebut. Setiap keputusan mempunyai cabaran dan risiko tersendiri. Hidup ini adalah ujian seperti mana di dalam al-quran nyatakan, a pakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta  (Al-Ankabut: 2-3). Biografi penulis Perjalanan Dr. Nur Aisyah Zainordin (yang juga dikenali dengan nama pena Muharikah) sebagai penulis bermula semenjak 2005 melalui platform blog. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah dan Menengah Islam al-Amin, seterusnya melanjutkan pelajaran A-Level di Taylors College, Sunway. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Dundee pada 2009 dan berkhidmat sebagai pegawai perubatan di dua buah hospital di Glasgow, Scotland sehingga tahun 2011. Beliau mula terlibat dalam penerbitan Majalah Jom! di bawah syarikat Deen Prints setelah pulang ke Malaysia. Kemudian beliau menubuhkan kedai buku di bawah jenama IMAN Shoppe pada tahun 2012. Pada awal 2013, syarikat IMAN Publication ditubuhkan dengan menerbitkan buku pertama beliau, Sayonara Jahiliyah. Beliau telah menulis 12 buku termasuk tiga buah komik. Kini beliau sedang meneruskan pengkhususan subkepakaran dalam bidang endokrin. Beliau bercita-cita menggabungkan sains dan seni dalam menyebarkan kefahaman serta ilmu mengenai Islam dan perubatan.  Bagi menyokong pembacaan buku Tentang Pilihan ini, beliau menyarankan untuk membaca buku-buku ini: The Almanack of Navi Ravikant, Think Again oleh Adam Grant dan The Great Mental Models oleh Farnam Street. Nak dapatkan buku ini? Tekan link untuk penghantaran segera: https://shope.ee/20XccIEnt0

  • MENGATASI PENINGKATAN ANEMIA DALAM KALANGAN WANITA HAMIL: PENTINGNYA ZAT BESI UNTUK IBU DAN BAYI YANG SIHAT

    Kehamilan merupakan perjalanan ajaib yang dipenuhi dengan kegembiraan tetapi ia juga membawa kepada cabaran yang boleh menjejaskan kesihatan ibu hamil dan bayi yang sedang berkembang. Salah satu cabaran tersebut ialah peningkatan prevalensi anemia di kalangan wanita hamil, suatu keadaan yang memerlukan perhatian dan penyelesaian proaktif. Post blog kali ini akan membincangkan kepentingan zat besi, peranan dalam mengekalkan tahap sel darah merah yang sihat, strategi untuk menangani anemia dan seterusnya mempromosikan kesejahteraan ibu dan bayi.

  • KENAPA PERLU BERSARAPAN?

    Tubuh adalah sebuah mesin yang memerlukan tenaga untuk memulakan hari dengan baik. Salah satu cara yang paling mudah untuk memberi tubuh tenaga yang diperlukan adalah dengan bersarapan. Tetapi, mengapa begitu penting untuk menyediakan sarapan pagi? Jom! Ketahui mengapa anda tidak boleh melewatkan hidangan sarapan setiap pagi.

  • 5 LANGKAH MENGATASI BANTUT: MEMBERI HARAPAN BARU KEPADA GENERASI MASA DEPAN

    Dalam masyarakat kita, masih terdapat banyak kanak-kanak yang mengalami masalah bantut yang berkait rapat dengan kurang zat makanan atau malnutrisi. Kita perlu memahami bahawa kanak-kanak adalah generasi peneraju masa depan, dan kesihatan mereka perlu diutamakan. Dalam artikel ini, kita akan menerokai langkah-langkah praktikal yang boleh diambil untuk mengatasi masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak secara efektif.

  • MAKAN DAGING DENGAN LEBIH SIHAT

    Raya Aidiladha dan korban

  • NAK JADI USAHAWAN? INI YANG PERLU ANDA ADA

    Ramai orang yang menceburi dalam bidang perniagaan disebabkan oleh mereka tidak mempunyai peluang atau pilihan lain. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa berniaga adalah aktiviti utama yang mampu membawa mereka menuju kejayaan. Faktor-faktor tersebut menjadikan seseorang hanya mahu berniaga apabila:

  • KENAPA AGAMA TIDAK MAMPU MEMBENTUK DIRI?

    Pada 14 April 2024 kita dikejutkan dengan satu berita berkenaan seorang lelaki cuba membunuh isterinya dengan melepaskan tembakan di lapangan terbang KLIA. Walau bagaimanapun tembakan tersebut terkena individu lain yang merupakan pengawal peribadi isterinya. Lelaki tersebut telah melarikan diri dan berjaya ditangkap di Kota Bharu, Kelantan ketika ingin mengambil laporan kesihatan di sebuah hospital swasta di sini. Lelaki tersebut merancang untuk melarikan diri ke Mekah melalui Thailand dan ingin bekerja di Arab Saudi apabila berjaya melarikan diri. Motif percubaan membunuh adalah masalah peribadi. Lelaki tersebut lahir di Selangor dan kemudian mendapat pendidikan di sekolah pondok yang terletak di Pasir Mas, Kelantan. Terdapat sebilangan netizen yang mengecam sekolah pondok kerana melahirkan individu yang bertindak agresif sehingga ingin membunuh. Ada juga yang menyatakan sekolah pondok berpontensi melahirkan ekstremis. Namun, harus kita ingat bahawa sekolah pondok mahu pun sekolah biasa tiada jaminan bahawa pelajarnya bakal menjadi orang yang berguna. Hal ini demikian kerana penerimaan didikan di sekolah oleh setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang belajar di sekolah pondok atau agama kerana terpaksa. Jadi kemungkinan apa yang dipelajari oleh individu tersebut sekadar hafalan sahaja bukan untuk dijadikan sebagai amalan dan panduan dalam membentuk diri menjadi manusia yang lebih baik dan bermanfaat untuk masyarakat serta negara. Hakikatnya, agama Islam merupakan agama yang bersifat menyeluruh. Islam merupakan cara hidup manusia. Ia menjadi panduan kepada manusia untuk menjalani hidup ini dengan sebaik mungkin sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t. Namun, kenapa ramai juga penganutnya melakukan perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah s.w.t seperti mencuri, merompak, menipu, membunuh dan lain-lain sedangkan ajaran Islam menganjurkan penganutnya melakukan amar makruf nahi mungkar iaitu lakukan kebaikan dan cegah kemungkaran. Terdapat pelbagai faktor dan salah satu faktor utamanya adalah pengajaran agama di institusi pendidikan terutama sekolah bersifat akliah semata-mata dengan kata lain ia hanya berkaitan dengan akal fikiran sahaja iaitu pelajar sekadar tahu tentang sesuatu ilmu. Tenaga pengajar hanya mengajar bukan mendidik. Ramai yang boleh mengajar tetapi sebilangan kecil sahaja yang mampu mendidik pelajarnya. Apa perbezaan antara mengajar dan mendidik? Mengajar Ajar ilmu kepada pelajar agar pelajar mengetahui tentang ilmu tersebut. Pelajar hanya tahu tetapi tidak menghayati ilmu dan kebanyakannya menghafal ilmu untuk lulus atau cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Mendidik Apabila pelajar dididik dengan ilmu yang diajarkan maka pelajar bukan sekadar tahu tentang ilmu tersebut bahkan mereka akan memahaminya yang membawa kepada penghayatan dan seterusnya amalan dalam kehidupan. Oleh itu, untuk membentuk diri seperti yang dianjurkan oleh agama Islam maka ia perlu bermula dengan didikan Islam daripada individu yang memahami dan mengamalkan Islam yang sebenar iaitu ibu bapa dan guru. Mana mungkin seorang pelajar akan mendengar apa yang dikatakan oleh seorang guru jika guru sendiri tidak berperlakuan baik. Sebagai contoh jika guru melarang pelajarnya merokok tetapi dia sendiri merokok adakah pelajarnya akan mematuhi larangan tersebut? Mungkin pelajar tidak merokok di kawasan sekolah kerana ingin mengelak daripada didenda tetapi dia tetap akan merokok apabila berada di luar kawasan sekolah. Jadi masalah merokok di kalangan pelajar tidak akan pernah selesai. Perbuatan orang yang hanya tahu memberi nasihat tetapi diri sendiri tidak melakukan demikian seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul. Sama juga dengan ibu bapa yang menyuruh anaknya solat tetapi diri sendiri masih culas dalam mendirikan solat. Kebiasaannya jika ibu bapa tidak solat maka anaknya juga tidak solat bak peribahasa bapak borek anak rintik yang bermaksud segala bentuk, sifat dan perbuatan bapa diwarisi oleh anak. Begitulah betapa pentingnya seorang pendidik yang mesti dirinya dibentuk oleh ilmu agama terlebih dahulu sebelum menyampaikan ilmu kepada anak didiknya. Jika kita tergolong dalam kumpulan yang tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh maka sudah tiba masanya kita perbaiki diri dan berusaha untuk membentuk diri menjadi muslim sejati dengan membina kefahaman dan penghayatan tentang ajaran Islam yang sebenar. Jadilah individu yang boleh dicontohi oleh generasi seterusnya dalam mengejar kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh itu, mula hari ini amalkan ilmu yang kita ada terutamanya ilmu agama Islam yang pasti dapat membentuk akhlak yang baik seperti suri tauladan kita rasulullah s.a.w yang terbukti telah berjaya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat.

Hubungi Kami

Terima kasih kerana menghubungi kami!

© 2021 Mula Hari Ini. All rights reserved.

bottom of page