top of page

Hasil Carian

90 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • SIAPAKAH GENERASI YANG DINANTI?

    Generasi yang mengenal Allah s.w.t Bagaimana mahu mengenal pencipta? Seperti yang kita sedia maklum wahyu pertama yang diturunkan kepada rasulullah s.a.w adalah perintah bacalah. Maka tidak syak lagi akan kepentingan membaca dan kewajipan menuntut ilmu bagi memperoleh ilmu pengetahuan. Hanya dengan ilmu manusia akan mengenal Tuhan. Kasih sayang Allah kepada kita tiada tandingannya. Tetapi kenapa kita masih rasa sukar mencintainya? Hati apabila tidak mahu mencintai Allah, bukan kerana cinta Allah tidak agung, tidak hebat atau tidak indah tetapi hati kita yang sakit. Hati yang sakit tidak mampu merasai dan menikmati keindahan cinta Allah seperti badan apabila sakit tidak mampu menikmati kelazatan makanan. Hati yang sakit perlu diubati. Berikut 5 perkara yang mampu mengubati hati. Solat malam Berkumpul dengan orang soleh Banyakkan berpuasa Baca quran dan maknanya Perbanyakkan zikir malam Kadang-kala kita rasa tertekan dengan masalah-masalah yang dialami sehingga lupa bahawa kehidupan ini bukan tentang diri kita semata tetapi ummah. Jika kita tenggelam dengan perkara nafsi maka ia hanya membantutkan usaha-usaha memenangkan Islam. Jangan mengutamakan masalah diri sendiri sehingga membelakangi masalah ummah. Cuba kita tengok keadaan umat Islam sekarang. Umat Islam kini sedang sakit kerana kebanyakkannya terjebak dengan masalah keruntuhan akhlak, gejala sosial, LGBTQ, hiburan melampau, ditindas, kemiskinan, perpecahan dan lain-lain. Jadilah orang yang ditarbiah kerana cara berfikir orang yang ditarbiah sentiasa membuat perancangan hidup bukan untuk kepentingan diri semata tetapi mereka juga mendahulukan agenda Islam berbanding peribadi. Apakah masalah terbesar yang menimpa umat Islam pada hari ini? Masalah terbesar umat Islam kini adalah kurangnya ilmu pengetahuan. Kebangkitan Islam dengan semangat sahaja tanpa ilmu merupakan sesuatu hal yang mustahil dan sia-sia. Terdapat beberapa syarat menuju kebangkitan Islam. 3 syarat menuju kebangkitan Islam Kematangan berdemokrasi Kemuliaan akhlak Kecintaan kepada ilmu Kebangkitan Islam di sini bermaksud satu semangat kesedaran dan kebangkitan umat untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Ilmu sangat penting dalam melahirkan generasi unggul kerana ia mampu membentuk individu yang mengenal Allah, kembali dekat dengan Allah, membuahkan akhlak yang soleh serta membentuk fikrah yang benar. Untuk menjadi individu yang unggul janganlah biarkan hari berlalu tanpa ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Generasi solehah Seorang wanita dituntut untuk mencari ilmu yang tinggi kerana wanita yang akan membangunkan generasi. Dalam sebuah keluarga, ibu merupakan madrasah bagi anaknya. Melalui ibu yang mengenal Allah anak juga akan terdidik untuk mengenal diri dan Tuhannya. Wanita adalah sebab utama terciptanya sakinah dan ketenangan dalam rumahtangga. Selain itu, wanita solehah menjadi faktor utama yang boleh mempengaruhi lelaki untuk lebih bertaqwa. Justeru amat penting menjaga dan membentuk wanita menjadi individu yang berilmu dan bertaqwa disebabkan peranan utamanya dalam pembentukan manusia. Wanita mempunyai fungsi yang penting dalam kehidupan keluarga dan masyarakat. Tidak mungkin masyarakat dan keluarga menjadi baik sekiranya wanita tidak menjadi solehah. Komponen penting dalam pembentukan wanita solehah Ilmu agama dan ilmu kehidupan Pembinaan iman yang membawa kepada amal Akhlak yang membina maruah Persekitaran yang membina dan memelihara kesuciannya Jadilah perempuan yang bukan sekadar berakal bahkan memanfaatkan akal kerana perempuan yang memanfaatkan akal akan tahu sampai batas mana ia harus berjalan. Generasi yang dinanti Dunia tidak memerlukan mereka yang banyak ilmu tetapi disimpan di dalam diri tanpa diamalkan. Dunia memerlukan mereka yang mempunyai ilmu lalu mereka bergerak melalui amalnya. Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun. Kemenangan Islam telah dijanjikan (An-Nur: 55). "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan buat umat ini pada setiap permulaan 100 tahun itu mereka yang akan mentajdidkan agama buat mereka" (Riwayat Abu Dawud, 4291). Proses tajdid adalah proses mengembalikan umat kepada agama Islam yang asal. Islam boleh mencapai kemenangan tetapi perlu memenuhi beberapa syarat kemenangan. Syarat kemenangan Kemenangan daripada Allah Allah hanya akan membantu orang yang membantunya Kemenangan tidak akan dianugerahkan kecuali kepada golongan mukmin Umat Islam perlu membantu agama Allah dengan melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah untuk menuju kemenangan. Selain itu, berusahalah untuk menjadi individu yang mempunyai ciri-ciri orang mukmin. Ciri-ciri orang mukmin Khusyuk di dalam solat Meninggalkan perkara lagha Mengeluarkan zakat Menjaga kemaluan daripada perkara haram Memenuhi amanah Memenuhi janji Menjaga solat Umat Islam juga harus memiliki jiwa yang kental untuk membentuk serta membina bangsa dan generasi Kemahuan tinggi Kesetiaan sejati Pengorbanan agung Memahami prinsip Umat Islam perlu sedar bahawa hanya dengan kembali kepada Islam umat ini akan kembali kuat. Bangunlah pemuda! Kita ada dunia untuk dikejar dan akhirat sebagai nikmat pembalasan. Semoga tergolong dalam golongan 'generasi yang dinantikan'. "Kalau kita merasa penat dan miskin kerana berjuang untuk Islam, ketahuilah bahawa itu bukan kerana masalah kekurangan tenaga atau harta tetapi kerana kurangnya keyakinan kita terhadap janji Allah s.w.t".

  • MENDIDIK ATAU MENGAJAR?

    Tahukah anda corak kehidupan manusia akan terbentuk atau dipengaruhi oleh tiga faktor: Murabbi (pendidik) Munazzam/manhaj (peraturan) Biah (persekitaran) 3 faktor ini membentuk manusia dan seterusnya membentuk kehidupan. Murabbi (pendidik) bukan sahaja mengajar tetapi mendidik. Murabbi akan menimbulkan kemahuan dalam diri pelajar untuk mendalami ilmu dan menghayatinya. Hasil daripada mendalami dan menghayati ilmu yang dipelajari akan membentuk keperibadian, sikap dan tabiat mereka. Mualim (pengajar) hanya memberi kefahaman ilmu kepada pelajar dan mereka meluahkannya dalam peperiksaan. Mualim hanya memberi pengetahuan dan tidak menyebabkan pembentukan keperibadian, sikap dan tabiat. Proses pendidikan sentiasa berkait dengan peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak didik. Tetapi kita perlu ingat untuk menyuruh anak didik menurut peraturan mesti ibu bapa atau guru terlebih dahulu mengikut peraturan. Jadi peraturan mana yang perlu didahulukan? Semestinya peraturan yang boleh membentuk sikap iaitu peraturan Allah. Antara faktor yang penting dalam pembentukan diri adalah biah (persekitaran). Anak lebih banyak belajar daripada 'mata' (penglihatan) berbanding 'telinga' (pendengaran). Oleh itu, persekitaran pendidikan perlulah kondusif dan sejajar dengan matlamat dan kaedah pendidikan. Bermula dengan 'bacalah' Membaca adalah kunci ilmu, ilmu penggerak kepada setiap amalan. Ilmu akan membawa kita kenal Allah yang mendorong kita untuk tunduk, patuh serta beramal kepadaNya. Namun, dalam menuntut ilmu kita bukan sahaja perlu membaca tetapi haruslah berguru supaya kita mendapat kefahaman yang betul dan menghindari salah faham. Guru yang mendidik pula akan menjadikan ilmu dapat membentuk diri kita seperti yang disarankan oleh Islam.

  • RAYA CARA SIHAT

    Takbir bergema, Syawal pun tiba. Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama yang tersayang. Apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri makanan dan minuman menjadi perkara utama yang perlu disediakan. Ada yang memasak juadah raya dan ada juga yang tempah. Bagaimana dengan anda? Jika anda merancang untuk masak juadah raya jom! sediakan juadah yang lebih sihat. Bagaimana caranya? Gula Gunakan separuh daripada kuantiti gula yang biasa digunakan dalam hidangan dan minuman. Kurang lebih baik. Sediakan buah-buahan segar sebagai snek dan pencuci mulut. Garam Kurangkan penggunaan garam dalam masakan. Gunakan rempah ratus dan perisa semulajadi bagi meningkatkan rasa kelazatan hidangan. Lemak Gunakan daging yang dibuang lemak atau ayam yang dibuang kulit. Hadkan penggunaan santan dalam penyediaan hidangan. Antara menu Hari Raya yang rendah kalori adalah seperti berikut: Soto Ayam 1 mangkuk 490 g = 510 kcal Laksa Penang 1 mangkuk 569 g = 378 kcal Bihun Sup 1 mangkuk 320 g = 190 kcal Tidak dapat dinafikan kuih raya memang makanan yang wajib ada apabila kita menyambut Hari Raya. Namun harus diingat bahawa kuih raya tinggi kalori. Sebagi contoh 1 biji semperit susu mengandungi 50 kcal manakala 1 biji sarang semut mengandungi 60 kcal. Kenapa kuih raya tinggi kalori? Ada apa dalam kuih raya? Kebiasaan bahan yang ada dalam kuih raya adalah bahan yang tinggi kalori seperti berikut: Tepung (karbohidrat) Mentega (lemak) Susu pekat/gula kastor (gula) Kuning telur (lemak) Coklat hiasan (gula) Justeru, kita perlu menghadkan pengambilan kuih raya walaupun kuih raya tersebut sedap dimakan terutamanya apabila bersama keluarga. Dikongsikan 3 tip makan kuih raya supaya kita tidak mengambilnya secara berlebihan. 3 tip makan kuih raya Makan kuih raya selepas makan makanan utama Pilih kuih raya yang mengandungi kekacang dan buah-buahan kering Pilih kuih yang lebih ringkas hiasannya Raya lebih manis dengan buah-buahan dan sayur-sayuran Pada Hari Raya jangan lupa untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita disarankan untuk mengambil pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang pelbagai warna. Sajian yang perlu diambil adalah 3 sajian sayur dan 2 sajian buah. Anda tiada idea untuk menyediakan menu sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai juadah raya? Jangan risau di sini terdapat beberapa menu untuk anda cuba yang penting ringkas, sedap dan sihat. Salad buah dan sayur Potongan buah segar Jus buah-buahan Rojak buah Kuah lodeh Pecal Puding buah Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja menyegarkan malah mengandungi pelbagai nutrien penting yang dapat mempertingkatkan kesihatan dan membekalkan tenaga yang diperlukan untuk meraikan perayaan bersama keluarga dengan lebih bersemangat dan gembira. Oleh itu, jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai juadah raya yang wajib untuk keluarga dan tetamu anda. Jom! Mula hari ini kita kekal sihat di Hari Raya.

  • APA ITU NUZUL AL-QURAN?

    Seperti yang kita semua sedia maklum al-quran adalah kitab suci penganut agama Islam. Kepercayaan penganut agama Islam Allah menurunkan al-quran kepada rasulullah s.a.w secara berperingkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap seperti sekarang. Peristiwa penurunan ayat pertama al-quran kepada rasulullah s.a.w dikenali sebagai nuzul al-quran. Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Peristiwa ini berlaku ketika rasulullah s.a.w berumur 41 tahun pada malam Jumaat 17 Ramadhan semasa baginda sedang beribadat di Gua Hira'. Apakah ayat pertama yang diturunkan oleh Allah kepada rasulullah s.a.w? Ayat al-quran yang pertama diturunkan adalah 5 ayat daripada surah Al-Alaq. 5 ayat pertama ini diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril. Malaikat Jibril yang mengajar rasulullah s.a.w membaca ayat tersebut. Berikut adalah surah Al-Alaq ayat 1-5 dan terjemahan: اِقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِيْ خَلَقَۚ - ١ Arab-latin: Iqra` bismi rabbikallażī khalaq Artinya: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan," خَلَقَ الْاِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍۚ - ٢ Arab-latin: Khalaqal-insāna min 'alaq Artinya: "Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah." اِقْرَأْ وَرَبُّكَ الْاَكْرَمُۙ - ٣ Arab-latin: Iqra` wa rabbukal-akram Artinya: "Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Mahamulia," الَّذِيْ عَلَّمَ بِالْقَلَمِۙ - ٤ Arab-latin: Allażī 'allama bil-qalam Artinya: "Yang mengajar (manusia) dengan pena" عَلَّمَ الْاِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْۗ - ٥ Arab-latin: 'Allamal-insāna mā lam ya'lam Artinya: "Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." Antara mesej penting surah ini adalah Allah perintah manusia untuk membaca tidak kira sama ada dalam bentuk tulisan atau bukan tulisan. Antara contoh bentuk tulisan adalah seperti buku, artikel, kitab dan lain-lain manakala bentuk bukan tulisan seperti baca perwatakan manusia, buat penilaian dan sebagainya. Amalan membaca memberikan kita ilmu yang boleh diamalkan dalam kehidupan serta menjadikan kita lebih baik di dunia mahu pun akhirat. Namun, ilmu sifatnya mudah hilang. Oleh itu, untuk mengikat ilmu kita perlu mencatat ilmu yang kita pelajari. Kita juga perlu ingat bahawa ilmu yang kita dapat semuanya daripada Allah bukan usaha kita semata-mata. Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu Allah sangat luas dan apa yang dikurniakan kepada kita hanyalah cuma sebahagian kecil sahaja daripada ilmuNya. Kebiasaannya dengan ilmu harta akan bertambah, jawatan akan semakin tinggi, ketaatan akan bertambah dan sudah tentu ilmu itu sendiri akan bertambah. Namun, hindarilah sifat takbur apabila kita mendapat nikmat tersebut kerana semuanya kurniaan Allah tiada satu pun milik kita. Nikmat ini hanya pinjaman kita akan kembalikannya apabila nyawa dicabut suatu hari nanti. Jika ingin kejar dunia kejarlah dengan ilmu. Jika ingin kejar akhirat kejarlah dengan ilmu. Jika ingin kejar kedua-duanya kejarlah dengan ilmu.

  • BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBINA KETAHANAN DIRI BAGI MENGHADAPI TEKANAN?

    Cabaran dan ujian hidup kadangkala memberi tekanan kepada kita. Sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada tekanan. Namun, kita boleh mengawalnya kerana kita mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi tekanan untuk bangkit semula dari cabaran hidup. Walau bagaimanapun ketahanan diri kita berbeza antara satu sama lain. Bagaimana kita dapat membina ketahanan diri?

Hubungi Kami

Terima kasih kerana menghubungi kami!

© 2021 Mula Hari Ini. All rights reserved.

bottom of page